web widgets

Monday 5 May 2014

Gerabak Merah Jambu

Apa yang tersirat di sebalik Gerabak Merah Jambu ye ?
Kenapa mesti Merah Jambu ?
Hmm, ni yang buat hati ni berkobar-kobar je nak tahu kisah di sebaliknya.
Percintaan ? 
Persahabatan ?
Hanya sekadar cerita ?

Tetapi !
Yang menarik jari-jemari ni untuk memegang dan mengusap,
Yang menarik lidah ini untuk membaca,
Yang menarik hati ini untuk mengetahui selanjutnya,
Ialah,
ZULAIKA.
Ada nama Zulaika di sebalik Gerabak Merah Jambu.
( Tersenyum ),
( Berkerut dahi ),
Kenapa  ' Zulaika hanya mampu makan hati berulam jantung mengenangkan hati Ikhwan bukanlah untuknya'?

Ikhwan ?
Siapa Ikhwan tu ?
Hmm, kena kupas cerita di sebalik Gerabak Merah Jambu ni.
Untuk aku tahu kenapa Zulaika umpama watak yang sakit,
Kenapa Ikhwan umpama watak yang menyakitinya ?
( Terlintas di hati )
" Dah kalau namanya lelaki, kalau tidak menyakiti hati wanita, memang tak sah ".

Eh, mana boleh 'judge' macamtu je,
Kena kupas dan dalami dulu untuk tahu perkara yang sebenarnya.

Gerabak Merah Jambu.

   Terkandung 2 kisah dalam cerita ini. Namun, aku lebih tertarik untuk mengetahui bahagian Zulaika. Tetapi untuk aku tahu tentang Zulaika, tetap perlu melalui Sophia, Khaleel dan Ikhwan. Setakat ini, aku lihat watak Zulaika ialah seorang yang sangat menepati waktu, agak garang, pemalu dan inginkan sesuatu perhubungan percintaan tetapi segan untuk meluahkan tetapi ia tetap meluahkannya kepada 'Secret Diary'. Sama ke dengan aku ? Sedikit, mungkin. 

    Ouh, Ikhwan ialah kawan kepada Zulaika sebenarnya dan Zulaika memendam rasa pada Ikhwan rupanya. Tetapi, Ikhwan tidak tahu ke ? Kenapa Zulaika dikatakan hanya mampu makan hati ? Hmm, mungkin Ikhwan mengharap pada gadis yang dianggap paling jelita di dunia ini yang dilihatnya di dalam gerabak. Merah Jambu ? Sebab Ikhwan termasuk dalam koc wanita rupanya. 

   Okey, mungkin di sini bermulanya kisah Gerabak Merah Jambu. Mungkin di sini bermulalah 1001 kisah suka dan duka, lara dan bahagia. Aku perlu teruskan mengupas supaya aku tahu apa sebenarnya yang terjadi kerana aku perlu membetulkan persepsi aku terhadap lelaki.

Yang pasti,
Aku ingin mencari maksud di sebalik kata-kata ini,
' KAWAN ADALAH HADIAH YANG ENGKAU BERIKAN KEPADA DIRI SENDIRI '
Kata-kata yang Zulaika pegang,
Diterima dari jirannya, Azimah (separuh gila).

Jadi, konklusinya,
Aku kena teruskan pembacaanku.
Untuk aku tahu dan faham.
:)


Ada cerita di sebaliknya..hmm..





No comments:

Post a Comment