web widgets

Wednesday 4 June 2014

Masa

Uhukk Uhukk..
Ehem, dah berhabuk sangat dah blog ni,
Dah ada sesawang dah pun ni..


So, harini bermula saatku untuk kembali menaip sesudah sekian lama blog ni
KRIK KRIK KRIK..
Allahu, bukan tidak sudi untuk menaip,
Cerita banyak je,
Cuma masa tidak mengizinkan,
Eh, bukan salah masa,
Salah diri sendiri tidak pandai uruskan masa.
Ish ish ish,
Macam manalah nak jadi muslimah yang berjaya ni,
Tidak pernah pandai menguruskan masa,
Selalu terlepas perkara-perkara yang penting.

Belajar entah ke mana, ini kan pula nak cari ilmu akhirat,
Dah macam kosong je bekalan ni,
Iman dan Amal,
Entah ke mana pergi ??
Masih ada, masih !!!
Tapi, 
Tidak berkualiti.

Masa dan Perkara Penting,
Ya !!!
Aku leka, aku cuai.
Aku tidak pernah menghargai masa yang Allah beri,
Aku cuba, ya, aku cuba !!!
Tetapi, tidak lama,
Fokus aku mudah sangat hilang,
Kenapa?, Kenapa?, Kenapa?
Aku kufur ke ?
Allah, Allah, Allah.

Masa, 
Aku diuji dengannya,
Aku selalu terlewat,
Aku tidak berpeluang ke temuduga untuk 'Exchange Mobility Student',
Aku terlambat siapkan tugasan (assignment),
Aku tidak hadir ke kelas,
Atau lewat ke kelas gara-gara itu,
Aku hilang diri aku yang dulu,
Aku terlambat menghantar borang penting,
Borang MAJORING,
Borang penginapan luar semester,
Aku terlewat menghantarnya,
Aku menghantar pada tarikh yang tidak sepatutnya,
Aku tidak peka dengan masa,

Ini bukan aku,
Aku yang dulu tidak sebegini,
Dulu, 
Aku kalah juga dengan masa,
Tetapi tidak seteruk ini,
Adakah kerana aku merasa sudah cukup?

Tidak sangka aku akan jadi sejauh dan sehina ini,
Aku tidak berpegang pada Firman Allah dalam surah Al-Asr,
Syiar diri pun aku tidak mampu nak hidupkan,
Inikan pula Syiar Islam.

Allah, Allah, Allah..
Semoga aku dapat muhasabah diri ini,
Semoga aku dapat perbaiki diri lagi selepas ini,
Teruskan MENCARI MARDHATILLAH..
SUBHANAALLAH, ALHAMDULILLAH, LAILAHAILLALLAH, ALLAHUAKHBAR, LAHAULAWALAQUWWATA'ILLAHBILLAHILA'LI'ILAZIM


Sungguh, ujian masa itu sangat hebat.




No comments:

Post a Comment