web widgets

Monday, 9 June 2014

Panic Attack

Kereta yang dipandu laju,
PK tutup,
Klinik swasta,
BANGI, KAJANG,
TUTUP!!!

Nafasku makin tersekat-sekat,
Badanku lemah tika itu,
Aku ingin, Aku mahu,
Jumpa doktor,
SEKARANG !!!

Syukur,
Ada 1 klinik dibuka di Kajang,
Aku bergegas keluar,
Masuk dalam klinik,
Allah,
RAMAINYA !!!,

Aku tak tahan dengan kondisiku ketika itu,
Tak mampu nak duduk tenang untuk menunggu giliranku,
Aku meminta pada pembantu doktor untuk masuk sekarang,
URGENT !!
EMERGENCY !!

Alhamdulillah,
Aku berjaya masuk,
Aku membuat ujian jantung,
Ku sedut alat pernafasan itu dengan tenang,
Pelik !!
Kadar jantungku sangat baik,
Namun,
Masih aku tidak dapat bernafas dengan baik,
Pandanganku tidak fokus,
Badanku bergetar seluruhnya,
Risau rakan bilik memandangku.


Tiba giliranku berjumpa doktor,
Aku diperiksa sekali lagi,
Lelah ?
TAK!!
Awak rasa macam ni ye?


Lebih kurang juga.
Okey, sebenarnya aku diserang....


Sebab banyak sangat berfikir,
Mungkin aku nampak tenang,
Tetapi, 
mindaku sering berfikir, berfikir, berfikir,
Tidak aku beri masa rehat,
Lagipun, masa ni memang nak dekat 'final exam',
Doktor pun faham,
Dia bagi ubat..

Pulang je,
Aku terus makan ubat,
Tidur dalam keadaan tak tenang,
Ibu dan ayah telefon,
Risau mereka,
Serba salah aku menceritakan pada mereka,
Syukur,
Tiada apa-apa.

Sungguh,
Ujian untuk aku bersedia,
BERSEDIA ?
KEMBALI PADANYA..






No comments:

Post a Comment