web widgets

Thursday 5 June 2014

Hujan. 'Laptop' dan Longkang (Episod Terakhir)


Aku masih di bas. masih terus-menerus cuba 'col' Ima. Mengharapkan Ima akan jawab 'col' aku. aku duduk dengan serba tak kena. Penuh dengan rasa serba salah. Ditambah lagi dengan awan yang makin gelap dan hitam. Umpama memahami perasaan aku ketika itu. Terdetik je nak tekan loceng sekarang. Berhentilah kat mana-mana sekalipun. Nak turun dan nak lari dapatkan Ima. Terfikir Ima nak sangat makan aiskrim sama-sama sebab Ima dah lama ajak makan kat Pusanika tu. Hari inilah harinya tapi aku melangkah pergi tanpa menunggunya. Apa hikmah di sebalik semua ini ?

Hello?? Alhamdulillah, Ima jawab 'col'. Ima tanya kami kat mana? Kenapa tak tunggu? Ima nampak bas, Ima lari kejar bas tapi tak sempat, Ima cari kami, tapi Ima tak nampak kelibat kami. Ima tak sangka pula kami akan pergi dulu. Aku dengar suara dan nada kecewa Ima. Dengan aiskrim yang penuh di tangan. Dengan hasrat ingin makan bersama, tapi punah segalanya. Ima yang perlu menghabiskan semuanya sepanjang perjalanan pulang. Ima ambil keputusan pulang jalan kaki. Habis 'col', aku mesej pula. Sepanjang perbualan tadi, tidak putus-putus keluar kalimah maaf dari bibirku. Ima kata, tak apa. Tapi aku tahu Ima sangat kecewa. Allah, dengan sekelip mata hubungan aku dan Ima diuji. Aku hanya mampu diam dalam bas dan mengenang apa yang akan berlaku selepas ini antara aku ngan Ima.


Dalam pada itu,
Di luar bas, 
Kilat sudah mula sabung-menyabung,
Sangat kuat dan menggerunkan,
Wow, 
Dah macam drama,
Aku mula risau,
Hujan!!!
Dan aku naik bas !!
Ya,
tekaan aku tepat.
Hujan sangat lebaaatt!!!

Aku dan rommie dah risau fikir macamana nak redah hujan. Lebat sangat. Kami perlu harungi jalan yang tidak berbumbung agak jauh untuk sampai ke DECTAR je. Belum lagi nak kolej. Dari dalam bas, aku dan rommie dah bersedia nak lari selaju-lajunya. Penuh dengan debaran sangat-sanga. Kerana petir yang sangat kuat kami tambah gerun. 

Okey. Tett!!
Loceng telah ditekan,
Kami menunggu bas berhenti.

Pintu terbuka,


Kaki menjejak tanah,
Wow, tenggelam smapi ke buku lali dah kaki kami dalam air,
Habis basah kuyup,
Lencun semuanya,
Di tangan,
Aku memeluk rapi 'laptop' ku.
Kami meredah hujan ke bawah bumbung.

Ahahahah,
Penuh hilai tawa antara aku nagn rommie,
Tak sangka akan jadi begini,
Terlintas dalam hati,
Ima bernasib baik,
Awak ditinggalkan jalan seorang,
Tapi tanpa hujan membasahi,
Mungkin ini hikmahnya.

Kami tersekat di DECTAR. Mencari jalan untukberlari ke kolej. Hujan nampaknya tak menunjukkkan tanda nak berhenti. Kami dah basah, kesejukan ni. Nak lari, tapi kilat seakan-akan nak menyambar kami setiap kali kami nak lari. Sampai satu saat. kami ambil keputusan untuk lari.

Banjir,
Memang air dalam kot haritu,
Tapi teruskan melangkah,
Sampai satu jalan,
Rommie ajak lalu jalan lain,
Tapi aku teruskan dengan laluan ku,
Sebab nakcepat
Dengan tidak semena-mena,
Aku salah langkah,
Aku pijak longkang yang tidak berpenutup,
Aku jatuh !!!
Dalam longkang yang penuh gila dengan air,

Allah,
'Laptop' ku !!!,
Habis jatuh,
Masuk dalam air,
Aku genggam beg 'laptop' ku tapi tetap ia selamat berenag separuh dalam air,
Kaki ku,
Sakit,
Aku jatuh terduduk,
Rommie hulur tangan bantu berdiri.
Aku bangun,
Gaya macam baru lepas berenang je.

Yang aku risaukan,
'Laptop' !!!
Ayah puya.
Bawa pergi kedai,
Memang kena beli baru,

Agak kelakar jugalah,
Asal-asal kena beli 'charger' je,
Tak pasal-pasal nak kena beli 'laptop' pula.

Dugaan di Tahun 1.

Bila hujan,
No more bus.
Hujan dan longkang.
Sangat tersemat dalam memori.
Heee..














No comments:

Post a Comment