web widgets

Wednesday 4 June 2014

Hujan, 'Laptop' dan Longkang

Tragedi !!!
Sungguh tragis,
Satu dalam 1001 kenangan yang tidak dapat kulupakan,
Di UKM.

Ujian kali ini,
Dugaan kali ini,
Allahu, hebat betul dan penuh hikmah.

Pada hari sebelum 'presentation'. Presentation apa ? Adalah..Aku membawa laptop ke fakulti untuk 'finalise' segala 'powerpoint' dan melakukan persediaan bersama ahli kumpulan sebelum hari esok menjelang. Sudah berhari-hari, berminggu-minggu melakukan persediaan, namun 1 hari sebelum jugalah merupakan persediaan yang paling tergempar sekali. 

Bersedia, bersedia juga tetapi tidak menepati seperti apa yang dibayangkan. Dengan masalah virus sana-sini lagi. Panas, semua orang panas je. Hee..Aku, lagilah panas. Dahlah 'laptop'ku terkorban dengan virus, 'pendrive; ku lagi. Tak pelah, dah tahu pun memang semua ini akan terjadi. Pasrah demi keberkesanan 'presentation' esok.

Okey, tak siap pun lagi persediaan tetapi semua orang perlu pulang. Malam tu jugalah semua orang perlu sibuk. Aku jugalah yang 'free'. Okey, aku teruskan persediaan. Allah, 'charger laptop' !!! Terringgal kat Bilik Seminar. Sedap pula 'timing' dia. Memang bateri tinggal 10% je masa tu. Terpaksalah pinjam 'laptop' kawan untuk teruskan kerja. Alhamdulillah, 'sette'. Presentation pun okey. Bolehlah bibir ni tersenyum.

Tapi, tak juga. Cemas juga sebab 'charger laptop' tak pergi ambil lagi. Tak sempat nak ambil. Dah petang masa tu. Okey, tawakkal. Semoga esok sempatlah pergi cari. Sedangkan hari Sabtu kot esok tu. Terbangun lambat pula. Teruskan juga. Ehem, diuji lagi. Bilik Seminar dikunci. Allah, masih adakah lagi 'charger' aku tu. Masa itu, dalam fikiran dah congak dah berapa duit nak kena keluarkan untuk beli 'charger' baru. 

Hari Ahad pun tutup, so, cubalah hari Isnin. Hari sebelum 'lab test 2'. Memang tak 'study' la hari-hari sebelum Isnin sebab tak ada 'laptop'. So, hari Isnin, dengan penuh debaran (dup dap dup dap), aku membuka pintu Bilik Seminar 10 dan 'guess what' ? Syukur, ia masih ada di situ, cantik lagi terpasang 'charger' tu. Syukur, 'save money'.

Okey, petang tu. Balik dengan Ima sekali. Cadang nak naik bas sama-sama. Sebab nak 'release tension'. Sebab tu nak naik bas. Ima ajak beli aiskrim. Aku suruh Ima belikan. Aku ngan rommie pergilah tunggu bas kat 'bus stop'. Tunggu Ima kat sana.


Pandang atas, awan dah gelap. Rommie tanya, nak teruskan perjalanan naik bas ke atau nak jalan kaki.
Nak ikutkan, jalan kaki SANGAT SELAMAT dan dilindungi dari hujan sebab jalan nak ke KTHO kan 'full of roof'. Kalau naik bas, hujan pula, memang lencunlah. Aku dah tahu risiko nya tetapi aku hanya menjawab dan kami sendri sepakat, tak pelah, naik bas je. Baru je gelap awan tu.

Tiba-tiba bas pula sampai. Ima tak sampai lagi ni. Aduh, macamana ni. Yang peliknya, kaki ini melangkah berlari naik bas ngan rommie tanpa menunggu Ima walaupun hati berat tak nak naik sebab nak tunggu Ima. Aku duduk dalam bas. Duduk tapi akau jadi terdiam. Kenapa aku naik? Ima? Ima macamana? Allah, serba salah yang terrramatt. 'Call' Ima banyak kali. Ima tak angkat. Mesej Ima. Ima belum respon. Macam mana ngan Ima ye? Apa kesudahan kepada situasi ini? Kami gaduh ke? Ima merajuk ke? Apa kena-mengena dengan hujan dan longkang ?


TO BE CONTINUED.....









No comments:

Post a Comment