web widgets

Monday, 9 June 2014

Sakratulmaut ???


Ketika semester 1,
Di UKM,
Ya, inilah yang pernah terjadi pada diriku,

Pada hari Jumaat,
Kelas yang agak 'pack'
Dari pagi ada kelas, 
Sambung kelas ganti petang,
Agak letih tetapi tak meletihkan sangat pun sebenarnya,
 Cuaca yang sangat sejuk,
Pulang dari kelas,
Terus ke kafe beli air teh ais.

Lepas Maghrib,
Tidur sekejap sebab badan agak letih ketika itu,
Tapi tak dapat lelap sangat sebenarnya,
Tambah pula ada orang datang bilik minta 'match'kan baju dengan tudung,
'Then', cuba tidur balik,
Dah azan isya' dah tika itu,

So, 
Solat dulu (badan memang letih gila masa tu),
Malam tu terasa rajin sangat dirikan solat sunat,
'Then', cadang nak baca surah Al-Kahfi pula,

Suasana malam tu agak lain sebenarnya,
Sejuk sangat !!!!
Duduk atas katil,
Mulakan bacaan,
Tetapi,
Sampai 1 ayat,
Rasa nyawa aku bagai ditarik,

Allah,
Aku teruskan bacaan. Sampai meleleh airmata sebab sakit sangat masa tu kat dada. Aku tak mampu bernafas dengan betul. Satu yang terlintas di fikiran. ADAKAH HARINI AKU AKAN KEMBALI PADANYA?? Memang kaki, tangan dan pipi sejuk sangat. Macam dah kebas. Nafas naik turun. Mata aku terbeliak pandang teman sebilik. Turun dari katil dengan telekung. Tak mampu nak keluarkan kata-kata. Hanya telunjuk meminta air. 

Dia sangat risau, menghulurkan air. Menyahut namaku banyak kali. Bertanya sama ada aku okey atau tidak. Aku tak mampu menjawab kerana keadaanku ketika itu, SERIUS, SEPERTI HARI TERAKHIRKU.

TAKUT,
AKU JADI TAKUT,
AKU BELUM BERSEDIA,
ALLAH..

Aku berjalan keluar bilik dengan berkaki ayam,
Aku berjalan di sepanjang koridor seperti orang kena rasuk,
Namun, lidah rancak dengan zikrullah dan syahadah
Aku memegang setiap sendi tubuhku,
Sangat sejuk,

Zulaikha ! Zulaikha !
Teman sebilik memanggil,
Aku tidak berpaling,
Aku berhenti di cermin,
Hari ini aku akan pergi ?
Betulkah Ya Allah?
Aku melihat wajahku buat kali terakhir di muka bumi sambil aku bersedia untuk sakratulmaut.

Aku ditarik masuk ke bilik oleh seorang kakak senior,
Aku di suruh baring tetapi aku tak nak,
Aku ingin bersedia,
Aku menangis teresak-esak di bahu salah seorang kakak senior sambil kaki dan tanganku disapu dengan minyak panas,

Aku telefon ibu,
Perkataanku,
"ibu, kakak nak pergi"
"sakit sangat"

Felo di telefon untuk meminta membawaku ke PK,
Namun, dia sibuk,
Jadi, aku ke klinik swasta dengan kakak senior lain,

Dalam kereta, 
Aku diamm,
Aku memandang langit,
Aku memandang sekeliling,
Tidak sangka aku akan pergi,
HARINI,
Sedangkan sebenarnya aku belum bersedia,

Allah,
terasa aku sungguh kufur tika itu,
Aku ingin cepat sampai ke klinik,
Semoga doktor kembalikan kesihatanku,
Aku belum bersedia,
Allah,Allah,Allah,
Aku belum bersedia rupanya,

Tika dalam kereta,
Aku mengetuk, cubit kaki dan tanganku kerana aku tidak dapat rasa sebarang sentuhan,
Bertambah risau dan gelisah,
Nafasku masih tersekat,
Badan ku mengigil seluruhnya,

KENAPA ?
INIKAH PROSES SAKRATULMAUT?

ALLAHU RABBI...





No comments:

Post a Comment