web widgets

Tuesday 10 June 2014

Iman dan Amal


Allahuakbar,
Jemaah tabligh,
Sungguh, mereka sangat hebat dalam meneruskan perjuangan Rasulullah,
Keluar berdakwah ke jalan Allah sentiasa,
Namun,
Malang,
Tidak ramai yang tahu tentang jemaah ini,
Sedih,

Bila ayah cerita,
Bila jemaah pergi rumah ke rumah untuk berjumpa dengan semua kaum Adam yang ada di rumah,
Mereka dianggap seperti ....
Tak tahu nak cakap mana,
Sedangkan tujuan mereka sangat mulian,
Nak mengajak ke arah kebaikan,
Paling 'basic' sekali la,
Ajak pergi solat berjemaah je pun kat surau atau masjid.

Tapi,
Ada yang baca ntah apa-apa lah dan sembur kepada para jemaah,
Pikir jemaah ni ahli sihir ke apa?
Ada yang buat2 tak dengar, buat-buat jawab telefon,
Sedangkan anak yang ada kat sisi panggil cakap ada orang bagi salam,
Allah, Allah,
Dunia akhir zaman,
Orang alim diperlekehkan,
Nampak sangat lemah iman,
Tak apa, tak apa,
HUSNUSZON,
Mungkin ada pelabur 'col' kot cakap syarikat nak bankrup.
DUNIA..
At least, At least ye,
Jawablah salam, cakap tengah sibuk.
Harap rumah je besar.

Okey,
Sabar, sabar,
Dakwah memang banyak dugaan,
Rasulullah diduga lagi hebat.

Apa ?
Nampak macam jemaah tabligh ni daif sangat ke?
Yang lelakinya pakai kurta ngan kain pelekat,
Yang muslimahnya berjubah berselubung hitam.

Wahailah manusia sekalian,
Tahu tak,
Mereka berharta,
Bukan harta akhirat je tau,
Rumah banglo, kereta mewah,
Sebahagian dari mereka hidup serba senang.

Namun,
Maksud dakwah dan tabligh ialah,
MENGORBANKAN HARTA DAN DIRI DEMI MENEGAKKAN AGAMA ALLAH,
MEMBETULKAN SALAH FAHAM BAHAWA HARTA DAN DIRI BUKAN MILIK KITA TETAPI MILIK ALLAH.
Ini yang mereka lakukan,
Harta ditinggalkan demi berjuang meneruskan perjuangan Rasulullah.

Hakikatnya,
Inilah sifat Para Sahabat.

Janji Allah sangat hebat,
Kita bantu agama Allah, nescaya Allah akan bantu kita.
Hidup mencari Redhanya.

Satu perkara yang berulang-ulang kali disebut oleh jemaah tabligh ialah,
Kita mahu usaha dan terus usaha untuk dakwah,
Fikir lagi dan lagi tentang IMAN DAN AMAL.

Serius, 
Setiap kali aku berjumpa denga para muslimah tabligh, 
Iman dan Amal serta Yakin yang sering diperkatakan,
Ada murid kepada seorang ustaz bertanya,
"Tiada topik lain ke ustaz? "

Bagaimana mahu ada topik lain,
Memang tujuan hidup kita ialah Iman dan Amal,
2 perkara ini yang akan dibawa ke akhirat kelak,
Kerana itu, 
Kita mahu cakap,
Lagi, lagi dan lagi,
Tentang Iman dan Amal.
Usaha atasnya dan Yakin dengan janji Allah.


Sungguh debu yang melekat pada kakimu,
Allah halang api neraka menyambarnya..
Allahu Rabbi.


No comments:

Post a Comment