web widgets

Monday 28 April 2014

Kaca Mata

Kelam !
Kabur !
Tidak jelas !
Siapa tu ?
Apa tu ?
Ini lah yang aku akan rasakan setiap kali aku tanpanya.
Aku dan dia memang tidak boleh dipisahkan.
Tanpanya, aku tidak dapat menikmati indahnya lukisan alam ini.
Tanpanya, aku merasa semuanya kelam.
Aku umpama tidak mampu melakukan sebarang kerja tanpanya.
Tanpanya, kadang-kadang susah untuk aku bernafas.
Tanpanya, aku rasa aku perlu menangis sepanjang masa.
Tanpanya, aku merasakan langkah aku terhenti seketika.
Kerana itu, aku akan sentiasa mencari dia setiap masa.
Tika aku bangun dari tidur,
Tika lepas mandi,
Tika lepas bersiap,
Tika lepas solat,
Pokoknya, aku mencari dia sepanjang masa.

Pernah berlaku satu tragedi apabila aku tidak mampu bersamanya.
Dia rapuh ketika itu
 Kerana kecuaian aku.
Sedangkan hari itu merupakan hari yang paling bermakna bagi aku.
Dia rapuh hanya beberapa minit sebelum detik bahagiaku bermula.

Aku jadi cemas,
Aku jadi 'nervous'.
Jantungku berdegup kencang.
Sudah mula berpeluh.
Kawan kiri kanan menenangkan.

Ya !
Aku naik ke atas pentas.
Langkah aku sangat berhati-hati.
Aku mencari Pengarah.
Kabur !
Alhamdulillah, aku berjaya mencari Pengarah.
Aku berjaya mendapatkan anugerah dengan baik.
Namun, aku tidak dapat mencari kamera.
Aku tidak nampak cahaya kamera.
Aku hanya mampu melihat ke hadapan.
Senyum.
Dan menggangar ganbarku telah di ambil.
Memoriku sudah tersimpan.
Aku melangkah turun juga dengan penuh berhati-hati.

Sayu !
Aku tidak mampu menikmati hari itu dengan gembira.

Kerana aku tanpanya.
Aku keseorangan.
Dia tidak menemaniku.
Selama ini dia yang memimpin aku berjalan.
Membantu aku melihat alam sekeliling.
Buat aku tersenyum.

Tetapi, hari itu,
Dia rapuh.
Dia sakit.
Tidak mampu lagi untuk berkhidmat denganku.
Kerana aku cuai.
Riwayat dia bersama aku telah tamat.
Aku terpaksa melepaskannya.
Cukuplah parut di lututku kerana membuatkan dia sakit,
Yang menjadi simbol kepada kenangan kita bersama.

Maafkan aku,
Wahai kaca mata,
Kerana aku,
Engkau pecah.
Terima kasih untuk kenangan kita bersama selama ini.














No comments:

Post a Comment