web widgets

Monday 7 April 2014

Jatuh

Jatuh?

Jatuh Cinta?

Itu fitrah..:)

Jatuh Tangga?

Eheee..pun pernah je.
Malu !! 
Masa tengah 'rushing' pergi kuliah sebab ada kuiz. Baca buku sambil turun tangga. Tak perasan ada anak tangga lagi kat bawah tu. Ambil langkah besar. KEDEBUK !! " Aduh, sakitnya !!

Tetapi, cerita yang bawah ni sebenarnya yang benar-benar menggambarkan betapa aku pernah merasai JATUH dalam hidup ini. Sound like funny about this story but actually it really leave a big effect in my heart n life.

About JPJ Test.
Jujur, bagi aku ini adalah ujian yang terbesar yang pernah hadir dalam hidupku.
SPM lagi mudah daripada ujian memandu (bagiku).
'Nervous' tahap apa dah entah, rasa nak demam, pengsan..semua ada.
Hal ini kerana, aku memang mempunya kurang kemahiran bagi sebarang ujian selain teori.
Aku memang kurang bekerja sebelum ini, jadi bila aku perlu memandu, aku jadi tidak tentu arah.

Namun, alhamdulillah. Latihan semua berjalan dengan lancar. Cikgu kagum dan memang harap dapat lulus dengan sekali cubaan sahaja. Aku mempunyai masalah ketika di jalan raya dan itulah bahagian yang paling aku gentarkan ketika pada hari ujian. Dan cikgu yakin dengan kebolehanku di litar, jadi aku menjadi sedikit yakin untuk ujian di litar.

Pada hari kejadian, ketika dipanggil nama untuk ujian di litar, aku masuk ke kereta dengan mengharapkan kejayaan. Aku memulakan dengan seimbangkan minyak dan 'clutch' untuk menaiki bukit. Alhamdulillah, tayar kereta aku mencecah garisan kuning. Aku berasa terlalu gembira dan bersedia untuk turunkan 'handbrake' sambil seimbangkan kembali minyak dan 'clucth' untuk turun bukit. Aku terpaksa menggunakan kedua-dua tangan untuk menurukan 'handbrake' seperti biasa. Saat yang aku sedang gembira dan berusaha, Allah uji aku dengan kegagalan apabila kereta aku berundur ke belakang. Tidak dapat dibayangkan perasaan terkejut aku ketika itu. Allah, hanya Dia yang tahu. Tidak pernah aku berhadapan dengan situasi ini sebelum ini. Ini yang pertama kali. Aku tidak mampu untuk keluar dari kereta. Pelbagai perkara bermain difikiran ku ketika itu. Aku nak cakap apa pada cikgu nanti? ibu? ayah? Allah, tidak pernah aku sangka akan jadi sebegini. Kalau tadi, aku lihat kereta peserta lain yang berundur, tetapi sekarang kereta aku pula yang berundur. Allah, sedihnya hati ini. Bagaimana untuk aku meneruskan ujian di bahagian 2 dalam pada emosi aku terganggu? Aku tidak mempunyai kekuatan untuk meneruskan ujian di jalanraya. Aku menjadi tergamam ketika itu. Inginku undurkan masa ketika itu. Susah untuk aku menerima hakikat kegagalan ketika itu.  Rakanku yang mengambil ujian bersamaku menelefon aku ketika dan bertanya tentang keadaanku. Aku tidak mampu untuk berkata-kata. Aku teruskan juga untuk bahagian dua dan syukur bahagian yang paling memeritkan selama ini memberi aku kejayaan pada hari ini.
Subhanallah, hebatnya rencana dan ujian Allah.
Aku mampu tersenyum.

Cikgu mampu menerima keputusan ini. Ibu juga setelah aku dimarahi sedikit. Namun, tidak bagi ayah. Ayah kurang berpuas hati. Ayah mendakwa bahawa aku selalu main-main selama ini ketika latihan. Allah, pilunya hati dituduh sebegitu. Tidak, aku tidak main-main. Aku juga tidak mengharapkan kegagalan ini. Allah yang merancang semua ini. Hari-hari selepas itu aku jalani dengan rasa serba salah pada ibu ayah. Dengan pelbagai rasa yang kurang senang. Aku jadi tidak tenang untuk melakukan ulangan ujian. Aku jadi takut kalau-kalau aku akan gagal lagi. Aku bakal mengecewakan mereka sekali lagi. Siapa? Ibu, ayah, cikgu, rakan-rakan kelas memandu yang dah berjaya dengan hanya satu cubaan.


Tiba hari ulangan,

Datang dengan harapan yang aku akan berjaya pada kali ini. 
Tetap denga penuh debaran. Aku pandang bukit dengan pelbagai rasa. Semoga dia tidak akan buat aku JATUH lagi pada kali ini. Syukur, aku melepasi bahagian bukit dan 'parking'. Tiba untuk 3 penjuru, aku tidak perasan aku diperhatikan oleh cikgu selama ini. Aku dapat masuk ke kawasan 3 penjuru dengan baik dan aku bersedia untuk tekan minyak dengan serta-merta. Allah, aku tidak perasan, aku tidak perasan. Aku sedang memijak pada pedal minyak. Aku sendiri jadi terkejut apabila aku tekan minyak, bukan brek. Kelam-kabut aku mengawal kereta ketika itu. Dan, sekali lagi. Aku disahkan gagal kali ini. 
Cuba bayangkan, apa yang aku rasa ketika itu?
Cikgu memerhati dengan penuh kecewa. Cikgu berasa pelik kenapa aku tidak dapat lakukan sebaik ketika latihan. Namun, aku lebih rasa kecewa pada diriku. Aku cuai. 
Aku pulang ke rumah kawan sebentar. Aku telefon ibu untuk memaklumkan. Ibu hanya mampu diam. Ibu tahu ayah akan marah sangat kali ini. Aku telefon cikgu untuk meluahkan. 
Aku menangis. Mengharap ada yang memahami.



Pulang sahaja ke rumah. Aku mampu menangis, menangis dan terus menangis. Allah uji aku dengan keJATUHAN. Setelah aku bahagia dengan keputusan SPM ku. Allah, uji aku dengan keJATUHAN. Aku mencari hikmah di sebalik semua ini. Kenapa? Kenapa aku gagal? 

Mungkin biasa bagi orang lain tetapi kegagalan ini buat aku sedar bahawa JATUH itu perlu agar aku lebih bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. Agar aku sedar perjalanan hidup tidak selalunya indah. Aku tidak pernah rasa JATUH yang seteruk ini sebelum ini. JATUH aku kali ini, Allah ajar untuk REDHA, SABAR dan USAHA.

Aku jadi sedikit terinspirasi apabila seorang rakan memujukku dengan mengatakan,
'SEKALI JATUH, TIDAK BANGUN-BANGUN = KALAH'
10 KALI JATUH, 10 KALI BANGUN = TIDAK KALAH'
Sungguh indah kata-kata itu.
Perasaan 'JATUH' itu memberi 1001 kesan.



Alhamdulillah, untuk ujian ulangan kali ke-3,
Aku berjaya....:)
Terima kasih Allah..........






No comments:

Post a Comment