web widgets

Sunday 13 April 2014

Be Careful With My Heart 2

Ehem,
Be Careful With My Heart,
Aku sangat tertarik dengan perkataan ni sebenarnya,
Terselit makna yang sangat mendalam,
Dan aku perlu perkataan ini untuk aku smpaikan kepada semua jejaka.
Please be careful with our(women) heart !


Subhanallah,
Jatuh cinta itu fitrah kan ?
Bila-bila masa sahaja kita akan jatuh cinta,
pada manusia.
Cuma, 
Adakah perasaan cinta yang dirasakan tika itu adalah benar-benar cinta?
Cinta ni ada 3 jenis :
1) Cinta kepada Allah.
2)Cinta kerana Allah.
3) Cinta bersama Allah.

Oleh itu, nilai dahulu perasaan cinta yang hadir itu.
Jangan terburu-buru untuk meluahkannya.

Pernah anda melafazkan cinta kepada kaum Hawa.
Kenapa dia yang anda pilih ?
Kerana Allah, jawabmu.

Periksa dahulu jawabanmu.
Cinta kerana Allah ?
Kenapa tidak diluahkan sahaja perasaan mu itu pada walinya.
Dia ada wali, wahai kaum Adam.
Kenapa kamu meluahkan terus pada kaum Hawa itu,
Dan kamu mengharapkan dia memberikan jawaban ?
Mampukah dia menjawab tanpa izin walinya terlebih dahulu ?

Sedarlah anda wahai kaum Adam,
Kadang-kadang bukan kata-kata yang kaum Hawa inginkan,
Untuk membina sesuatu perhubungan itu.
Dia ingin melihat langkah anda berjumpa walinya.
Kerana kata-kata tidak selalunya benar,
Kata-kata mudah diungkap, tetapi laksanaan-Nya ?
Hanya harapan yang anda berikan.

Kerana itu,
Janganlah engkau marah,
Janganlah engkau menyindir,
Wahai kaum Adam,
Seandainya kaum Hawa tidak memberi jawaban,
Seandainya dia menolak,
Kerana mungkin silap langkah yang anda ambil itu.

Kaum Hawa khuatir kalau-kalau hatinya hanya dipermainkan dengan kata-kata,
Kaum Hawa khuatir jika dia hanya dihidangkan dengan janji-janji manis,
Kaum Hawa khuatir jika dia terlalu meletakkan kepercayaan kepada sebab yang anda berikan,
Kaum Hawa sangat berhati-hati dengan CINTA.

Kaum Adam,
Nilailah dahulu cintamu itu,
Nilailah dahulu langkahmu itu,
Nilailah dahulu persediaan mu itu.

Sama-samalah kita berusaha mencapai Cinta'High Class'



Please Be Careful With Our Heart..:)

Subhanallah, aku memperkatakan tentang cinta ?
Hee..


Semoga Pemilik Cinta ku selepas Allah dan Rasul sedang mempersiapkan dirinya.



Moga-moga Allah Redha..:)




Wassalam..











No comments:

Post a Comment