web widgets

Monday 21 April 2014

Debaran


Dup dap dup dap dup dap,
Tangan sejuk,
Kaki pun sejuk,
Muka dah pucat,
Jari-jemari dah menari-menari,
Suara pun dah terketar-ketar,
Perut mula sakit pula,
Cepatlah mula !!
Dah tidak mampu nak duduk tenang ni.

Ya,
Inilah gambaran keadaan ku tiap kali sebelum masuk dewan peperiksaan,
Bukan dewan je, kelas ke apa ke,
Kalau ada 'exam' je, mulalah jadi macam ni,
Dah gaya macam orang 'parkinson' dah.


Tidak kiralah persediaan dah buat,
Atau kurang persediaan,
Tetap dari dulu sampai sekarang,
Mungkin sampai aku masih digelar pelajar,
Atau mungkin sampai bila-bila,
'Exam' je,
'I'll become like this'.


Ia akan jadi lebih teruk kalau datang awal sebelum 'exam',
Tengok orang sekeliling sedang membaca ke,
Berdiskusi lagi,
Huu, tak boleh, tak boleh,
Rasa macam topik lagi je yang belum ulangkaji.

Tetapi,
Aku memang seorang hamba Allah yang mudah rasa berdebar sebenarnya,
Bukan sahaja debaran 'exam',
Sebelum 'presentation'
Sebelum berjalannya program di mana aku sebagai ajk,
Sebelum jumpa pensyarah,
Sebelum buat 'check up',
Sebelum 'drive',
Sebelum lihat keputusan 'exam',
Sebelum memulakan bicara dengan ayah (eh?)
Memang sangat berdebar pun
Bahkan nak bayar duit kat kaunter pun berdebar (kalau tak pernah singgah kedai tu sebelum ini).

Ya, 
Debaran, Debaran itu yang akan aku rasa.
Kadang-kadang ia menganggu emosi dan kesihatan,
Kerana debaran itu bertukar menjadi kerisauan.

Bila debaran dah dirasai,
Memang dah tak boleh nak buat kerja lain selagi apa yang aku debarkan itu belum selesai,
Dan aku akan mula jadi seorang yang kelam-kabut.
Aku mula akan diam dan masam,
Tidak mampu untuk tersenyum.

Tika ini,
Akan hadir kawan yang akan mula menyakat aku,
Ya,
Aku tersenyum, bolehlah gelak juga.
Terima kasih.

Tetapi,
Kadang-kadang,
Debaran itu akan datang dengan sendiri,
Dan aku akan mencari asbabnya,
Kalau tiada, lidahku mula beristighfar,
Bersedia jika sesuatu yang tidak dijangka berlaku di masa hadapan,
Kerana kadang-kadang, Allah hadirkan rasa itu untuk kita sedar kembali dan bersedia.

Tetapi, sungguh..
Aku dan Debaran seperti tidak dipisahkan,
Tetapi sebenarnya, kita semua akan merasai debaran,
Tidak kira dalam apa jua keadaan.

Semoga aku dapat mengawal debaran ini lepas ini,
Yakin bahawa Allah ada.
Allah akan permudahkan segalanya. :)








No comments:

Post a Comment