web widgets

Thursday 10 April 2014

Be Careful With My Heart

Wow, tajuk dia..
Actually bersempena tamatnya telenovela Filipina..
Yang bertajuk ' Be Careful With My Heart '..
Very Happy Ending..
Tersentuh dan 'tears drop from my eyes'..



     Kisah percintaan yang terbit antara dua hati iaitu Tuan Richard dan Maya Dela Rosa (pengasuh kepada anak Tuan Richard yang bongsu iaitu Yaya). Tuan Richard yang merupakan CEO sebuah syarikat penerbangan adalah duda anak tiga ( Luke, Nikki dan Yaya ). Sikap Maya yang sangat peramah dan periang membuatkan seisi rumah selesa dengannya dan kembali ceria menjalankan tugas harian. Maya telah berjaya mengembalikan keyakinan Yaya untuk bercakap  dan berjaya mengembalikan senyuman Tuan Richard yang pada asalnya seorang sangat tegas dan pemarah. Pada mulanya, Maya menyukai Tuan Richard dalam diam di mana tanpa disedari Tuan Richard juga telah tersentuh dengan keramahan Maya. Maya juga adalah seorang pengasuh yang sangat rajin bekerja dan pandai mengurus sebarang situasi yang berlaku di rumah Tuan Richard. 
    Maya ialah seorang yang sangat bercita-cita tinggi dan memohon untuk menjadi seorang pramugari. Pelbagai cabaran ditempuh untuk Maya menggapai peluang tersebut apabila Maya terpaksa menangguh pengajiannya. Cabaran yang paling besar apabila Maya perlu meninggalkan rumah Tuan Richard dan berhenti berkhidmat sebagai pengasuh Yaya kerana perlu menumpukan perhatian kepada kursus dan latihan dalam pada ingin menjadi pramugari. Tuan Richard juga berhadapan dengan kesulitan apabila perlu mencari pengasuh baru bagi Yaya dan setiap calon yang memohon tidak mampu mempengaruhi kayakinan dan kepercayaan beliau kerana beliau terlalu mencari persamaan calon dengan kebolehan Maya. Sehinnga, akhirnya, Tuan Richard membuat keputusan dengan menaikkan pangkat seorang pembantu bahagian dapur untuk menjadi pengasuh Yaya. 
    Kisah percintaan antara Tuan Richard dan Maya juga berhadapan dengan pelbagai kekangan apabila masing-masing tidak mengaku tentang perasaan yang terbit dalam hati. Namun, lama-kelamaan, terluah juga isi hati masing-masing dan Tuan Richard mengambil keputusan untuk melamar Maya. Akhirnya, mereka bersatu dalam suasana yang gembira dan sedikit hiba. 



Kenapa aku boleh minat cerita ni ?
Hal ini kerana, nila kekeluargaan yang ditonjolkan dalam cerita ini terutama sekali kasih sayang seorang ayah kepada anak-anaknya.
Selain itu, usaha yang bersunggugh- sungguh dalam mencapai cita-cita.
Tidak banyak tentang percintaan tetapi lebih kepada kasih sayang.
Terutama sekali ketika kedua-dua ibu sangat berat untuk melepaskan anak-anak mereka ketika di hari perkahwinan mereka. 
TEARS DROP.
HAPPINESS.
LOVE..:)




No comments:

Post a Comment