web widgets

Sunday 13 April 2014

Rapuh

Bila dengar sahaja tema ini,
Lagu Opick bernyanyi di hati,
Minda ku juga turut mencari bait-bait liriknya,
Ia seumpama berlagu di seluruh tubuhku.


Namun, aku mencari apa yang sering Rapuh dalam diriku ini,
Jiwa aku ?
Sungguh, jiwaku sering Rapuh,
Aku yakin, semua insan juga,
Kadang-kadang ia tenang mengingati-Nya,
Kadang-kadang ia leka daripada mengingati-Nya,
Mudah sangat ia dipermainkan dengan permainan nafsu,
Mudah sangat ia terleka dengan dunia.

Jiwa,
Kadang-kadang ia berlagu dengan zikrullah,
Kadang-kadang ia senyap dari zikrullah,
Kadang-kadang ia sibuk perkatakan tentang dunia,
Terasa sakit bila jauh dari-Nya.

Jiwa,
Kenapa kau terlalu Rapuh ?
Allah,
Adakah benar tersemat kebesaran-Nya itu dalam mu ?
Rasulullah,
Adakah benar sunnah-Nya engkau serap ?


Jiwa,
Aku sedar, engkaulah ibu kepada segalanya,.
Andainya engkau baik, baiklah segalanya,
Andainya engkau buruk, buruklah segalanya,
Aku sedar, engkau mudah digoda,
Kerana itu, engkau mudah Rapuh,
Wahai jiwa..

Jiwa,
Moga engkau kembali kepada-Nya sentiasa,
Jangan engkau leka,
Dan jangan engkau alpa,
Berpeganglah pada tali Allah,
Moga engkau sentiasa tenang dan bercahaya.

Maafkan aku jika aku tidak menjagamu dengan baik,
wahai jiwa...
Maafkan aku seandainya engkau sering Rapuh
Aku akan cuba membaiki engkau,
wahai jiwa..

Maafkan hamba-Mu ini , Ya Allah..



" Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan jiwa ini, tetapkanlah ia di atas jalan agama-Mu ".



Tetapkan hati,
Istiqamah di jalan-Nya,
Usaha mencari Mardhatillah,
Mujahadah itu pahit, 
Tetapi sakinah di sebaliknya berbukit-bukit.

No comments:

Post a Comment