web widgets

Sunday 30 March 2014

Move On

Teruskan, Teruskan dan Teruskan..
Teruskan berfikir untuk tema kali ini,
Teruskan menaip entri demi entri,
Teruskan mencari 1001 bait kata untuk diselit bersama,
Teruskan memujuk hati untuk bercerita darinya,
Teruskan, Teruskan dan Teruskan.

Subhanallah, 
'Move On' adalah 1 langkah atau keputusan yang agak sukar dibuat,
Dan kesannya akan berbeza bagi setiap insan.
Insha-Allah, kesan yang positif dan bermotivasi akan dapat dirasai.

Cita-cita,
Aku menanam cita-cita untuk menyambung pelajaran dalam jurusan Perakaunan pada peringkat 'degree'.
Alhamdulillah, Allah memudahkan jalanku sebelum itu. Aku berada dalam kelas Akaun pada peringkat menengah dan ditawarkan belajar dalam jurusan Perakaunan oleh pihak Matrikulasi dan UITM (diploma).
Aku memilih Matrikulasi dan cuba yang terbaik bagi mencapai cita-citaku.
Namun, apakan daya, aku merancang. Allah juga merancang.
Allah merancang bagiku untuk berada dalam jurusan Ekonomi pada peringkat 'degree'. Dan aku yakin rancangan Allah adalah yang terbaik. Agak sukar pada permulaannya untuk aku menerima hakikat ini. Ditambah pula dengan kekecawaan yang digambarkan pada wajah guru-guruku ketika aku menyampaikan berita ini. Mereka ingin ada salah seorang pelajarnya memanfaatkan ilmu yang pernah diajar. Aku jadi kecewa dan lemah. Aku menangis.
Allah.
Pernah terdetik rasa tidak ingin meneruskan. Ibu ayah, "kakak nak berhenti, boleh?". Ya, aku pernah melafazkan pertanyaan itu.
Tetapi salah seorang guruku telah mengubah menatlitiku untuk aku TERUSKAN apa yang telah Allah rancang. Katanya, jalan untuk mencapai apa yang kita impikan tidak mudah. Lorongnya juga tidak selalu lurus. Kadang-kadang Allah letak halangan di tengah jalan tu, nak lihat betapa kuat usaha kita untuk menempuh halangan itu bagi mencapai cita-cita itu. Ini adalah ujian. Ujian untuk didik hati ini. Agar sedar adanya Pencipta yang menyusun kehidupan ini.
Benar, Benar apa yang dikatakan.
 Aku perlu TERUSKAN.
I need to MOVE ON.
Baru sedikit sahaja ujian ini.
Aku tidak boleh berhenti,
Jangan berputus asa, Jangan terduduk dahulu sebelum ambil langkah untuk meneruskan.
Sehingga hari ini, pelbagai hikmah dan pengajaran yang aku dapat.
Kerana itu, aku mengatakan MOVE ON adalah langkah yang sangat sukar dilakukan tetapi sangat hebat kesannya.
Kehidupan, tidak akan selalu indah, wahai hati.
Teruskan langkah, Jangan mengalah..:)



Capailah Redha Allah, hatiku sayang.
Keep on MOVE ON...
Allah always with you,my dear heart..





Monday 24 March 2014

Day With Mary Kay

Okey..
22 Mac 2014..
Pertama sekali Eksekutif Siswi mengadakan program
Muslimah Hijab Tutorial dan
Make Up by Mary Kay..



And guess what, that was my first time I am being make up by Mary Kay products.
Just a basic one but still it makes my face look quite or really different.
Until my own friends are feel shocked when seeing me.
Alhamdulillah for having opportunities to be make up by Mary Kay
and become more beautiful, erk..

Mary Kay products is a superb product.
Quite expensive but it is worth for using the product.
I love the foundation.
The cream is very light (terasa ringan je di pipi)
And many more.

This is the result..:
 which one is me?



Sempat  pose lagi..hee.

23 March 2014
Okay, today I am having a good day with Mary Kay.
At Putrajaya.
I'm joining their programme.
Wow, very energetic staff and for sure they are beautiful.
I am learned about hand care and a skin care and make up by myself.
A lot of expererince.

Syukur Alhamduliilah
I got a gift from Mary Kay because i'm answering the quiz.
Syukur Alhamduliilah.
I am lucky for today for  Lucky Draw.
I got a lip gloss from Mary Kay.

Mary Kay is one of beauty product. 
that have been in market since 1963.

Syukur Alhamdulillah, from these events,
I'm able to improve my communication skill and way to link with a real people.
:).

Just be myself..:)
Hoping for Redha Allah..

Rajuk

Hmm..
Rajuk !
Merajuk !

 Day 1..

Puas berfikir nak bercerita pasal apa ya untuk tema 'rajuk'..hmm..
Opss, bukan pasal CINTA ya..hee..
Daripada saat tema diberi,
Fikiranku menerawang mencari-cari apa yang perlu aku tulis,
Wow, 4 hari berfikir ya..
Sampai Sir Azzwan dah tanya..
Zulaikha ! Zulaikha !

Day 7..

Allah..aku terlambat lgi..(xpernah nk pandai urus masa)..
Tapi,
Alhamdulillah..Insha-Allah ini ceritanya..
Selepas minta izin dari sahabat untuk berkongsi..

Aku merajuk?
MUNGKIN..
Dengan siapa?
ALLAH..
Eh ?
EH..
Sebab apa?
SEBAB DAH LAMA DIA TIDAK BERI AKU SAKIT..
.......
Hmm. !!!

Zulaikha, dahulunya seorang insan yang sangat sensitif, sekarang juga tapi kurang banyak dah. Pantang sikit je orang buat die, memang muka masam mencuka, jantung berombak, senyum kelat, pahit sangat, semua ada. Ha, tu simptom dia merajuklah tu. Kalau bab berkawan ni, memang 'fail' sebab suka sangat merajuk tapi yang bestnya zulaikha 'agak' mudah dipujuk jugalah ( depends on situation ).

Sekarang, dah matang kan. So, Zulaikha pandai kawal emosi dia bila berhadapan dengan kawan-kawan. Simpan dan pendam je kadang-kadang tu. Senyum di luar, tapi di dalam hanya Dia yang tahu.
Aku ada seorang sahabat. Subhanallah, perkenalan yang singkat sudah mengikat tali ukhwah antara kami.
Rapatnya kami pernah orang menganggap kami 'les....'..Ehem, kami masih ada iman ya. Daripada rapat dengan kawan lelaki, 'which one is right' ?.Kami, dalam kuliah, duduk sebelah menyebelah, dalam kelas tutorial juga, makan di cafe bersama, siap suap-menyuap bagai lagi. Syukur, kumpulan KUMBE menemukan kami sebenarnya.

Seorang yang garang sebenarnya tetapi bila denganku mampu berubah selembutnya kerana bicara aku yang lembut, mungkin. Persahabatan menjadi lebih erat pabila dia melalui satu proses penghijrahan. Insha-Allah dalaman dan luaran. Sokongan dan semangat yang ku berikan padanya lebih menguatkan juga persahabatan kami.

Secara lumrah, dalam kehidupan berkawan, bercinta atau perkahwinan sekalipun, pasti ada masam dan manisnya.Sahabatku seorang yang kalau nak tahu tentang suatu perkara , dia nak tahu 'time' tu juga. Pernah berlaku sedikit salah faham antara kami. Hari ketika aku sedang belajar berkumpulan bersama-sama rakan-rakan tutorial bagi menyiapakan latihan perakaunan bagi program Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan (matrikulasi) yang akan diadakan di Masjid Al-Azim, Melaka pada esok harinya.
Malam itu, sahabatku tidak hadir. Alhamdulillah, perbincangan dengan rakan-rakan lain berjalan dengan lancar. Dalam masa yang sama, sahabatku kerap menghantar 'sms' untuk bertanya soalan yg dia kurang faham. Aku menjawab dengan tenang cuma hendak menerangkan penyelesaian soalan akaun ni agak rumit melalui 'sms' sebenarnya. Sehingga 1 soalan, aku menyuruhnya turun menyertai kami pada malam itu di kafe kerana tidak mampu untuk menjelaskan melalui 'sms'

Sahabatku tidak mahu, dia kata dia seorang sahaja sedangkan bagi aku blok dia sudah cukup dekat dengan kafe dan dia boleh pulang berdua dengan seorang lagi rakan yang memang sudah menyertai kumpulan perbincangan. Dia terus-menerus mesej meminta aku menjawab soalannya.
Aku tidak membalas kerana sedang sibuk berdiskusi dan mengambil alternatif untuk menerangkan penyelesaian tersebut pada seorang rakan yang satu blok dengan dia supaya dia boleh 'explain' pula jawapannya pada sahabatku. Aku menyuruh rakanku itu pulang cepat dan beritahu sebab aku dah dapat rasakan aura yang sahabatku seperti hendak marah. Aku tahu.

Aku pulang ke bilik untuk bersolat, sahabatku terus-menerus mesej tanpa henti. Sampai satu tahap, sahabatku mesej yang lebih kurang " Awk, balaslah cepat mesej saya". Saya tidak reply kerana dah minta kawan 'explain' padanya. Tapi dia teruskan mesej lagi, "Awk, tolonglah balas mesej saya, selama ni kalau awak tanya, saya akan balas mesej awk tau" (lebih kurang macam ni la).

Ya Allah, terkejut aku membaca mesejnya. Kenapa ada unsur 'ungkitan' di situ. Allah, sentap aku membacanya. Hati aku masa itu, hati aku terlalu MERAJUK tatkala membaca mesej itu. Terlintas di hatiku ketika itu, " Awak, sabar sedikit ye, sebentar lagi rakan awak akan datang 'explain' pada awak". Aku tidak 'reply' untuk aku mendidik prasangkanya, cuba 'think positive' mana tahu aku tiada kredit nak membalas atau sedang melakukan perkara lain yang lebih penting. Aku terus 'call' rakanku bertanyakan :

Aku : Awak kat mana? (nada agak serius)
Rakan : Aku ada kat dewan jumpa .... kejap.
Aku : Kenapa tak balik lagi ? (nada marah). Tahu tak (sahabat) mesej tadi, bertubi-tubi dan macam nak marah saya. Awak baliklah cepat, pergi 'explain' pada dia. Dia ada text awak apa-apa tak?
Rakan : Aku balik kejap lagi. Dia ada 'text' tadi, ajak duduk sama-sama dalam bas esok.
Aku : ( Allah, sangat terkejut ketika itu sebab kami dah berpakat akan duduk sama-sama dalam bas, begitu pantas dia menukar fikiran. Umpama persahabatan kami tiada makna. Aku menangis di hadapan rakan sebilikku).

Aku menunaikan solat dan kebetulan ada kawan datang bilik dan luahkan sedikit padanya lalu ada 'call' masuk dari (sahabat). Aku tahu dia hendak meminta maaf tapi aku tidak mampu nak jawab. 'RAJUK' hatiku tika itu dia tidak tahu. Aku jawab untuk 'call' seterusnya.

Sahabat : Awak, saya minta maaf sangat-sangat. Saya memang macam ni pun. Awak, maaf sangat. Zulaikha, awak okey tak?
Aku : (suara mendatar tanpa perasaan). Hmm, tidak mengapa. Maaf tidak 'reply'. Saya ada kerja sedikit tadi. ( Aku menyembunyikan 'RAJUK' hatiku ketika itu dan 'act cool' sedangkan hati sangat sakit ketika itu).
Sahabat : Awak, saya minta maaf tau.

Esoknya, aku bersedia emosi dan mental untuk berjumpa dia. Sepanjang perjalanan dalam bas, komunikasi yang berlaku adalah kurang rancak seperti sebelum ini. Aku tidak mampu untuk bergembira ketika itu. Hanya sekadar senyum tawar. Kerana tiada yang tahu akan hati yang sedang MERAJUK. Mungkin dia perasan tapi maaf sahabat. RAJUK hati ku, aku sembunyikan, tiada yang memujuk kerana tiada yang tahu.

Sungguh terkesan atas situasi yang berlaku.
Ya, aku MERAJUK dengan sikapnya.
Tapi dia tidak tahu akau RAJUKANKU.
Jadi, RAJUKANKU tidak terpujuk.
Hanya Dia yang thu.

Sahabat, maaf andai kisah ini mengguris hati,
Mungkin sebagai pelengkap entri,
Hanya Dia yang tahu niat di hati,
Ku harap Redha-Nya setia menemani.




 Maaf, ambil masa yang sangat lama..
Sahabat, jangan buat aku merajuk lgi ye.

Sunday 16 March 2014

Kehilangan

Kehilangan..
Satu perkataan,
Apabila diungkap di bibir,
Didengar oleh telinga,
Membuatkan sesetengah jiwa tersentuh,
Membuatkan sesetengah hati seakan menangis,
Minda kembali kepada kenangan lama serta-merta,
Namun, kenangan yang bagaimana ?
Kenapa kenangan itu 'hilang'?

Kehilangan..
Satu perkataan,
Apabila disebut dengan lidah,
Didengar oleh telinga,
Membuatkan minda mencerna serta-merta,
Apa yang 'hilang' ?
Jika kenangan,
Pasti ada insan di dalamnya,
Namun,
Tidak semua yang pernah melalui 'kehilangan' itu,

Yang pasti,
Semua pernah merasai,
Mungkin sedang melalui,
'Kehilangan'.....
Yang kekal,
Atau yang masih boleh dicari,
Untuk bertemu kembali dengan 'kehilangan' itu.

Ya, aku sedang melalui satu 'kehilangan'..Alhamdulillah orang yang tersayang masih ada lagi di sisiku (ibu, ayah, abang, adik-adik, sahabat dan teman seperjuangan). Mereka masih ada, jadi apa yang aku hilang?

Aku hilang semangat,
Semangat apa?, Belajar? Teruskan hidup?..Tidak!! Walaupun pernah timbul perasaan itu, namun ia bukanlah 'kehilangan' yang sebenar. Itu semua hanya permainan minda sahaja, syaitan pun ikut serta. Allahu..

Mungkin ini ialah kehilangan yang sebenar..





Kalau dahulu, di sana (KMM)..aku ada 'keluarga' yang sebegini. Keluarga yang hadir di tempat mana aku menuntut ilmu pengetahuan. Keluarga yang aku sertai untuk mendapatkan secebis ilmu sebagai pengisian rohani. Di sini, aku lebih dekat dengan-Nya. Setelah berjam-jam aku memperuntukkan masa untuk kelas sebagai persediaan menghadapi 'exam', perbincangan dengan rakan-rakan untuk persediaan 'presentation' sehingga kadang tu bukan sesaat, bukan seminit, mungkin pernah berjam-jam aku lupa yang Dia sedang memerhatikan perbuatanku. Aku lupa untuk mencari pengisian untuk jiwa ini, aku lupa untuk mencari bekalan untuk diri ini ketika menghadap-Nya, aku lupa yang aku akan kembali kepada-Nya satu hari nanti.
Astaghfirullahalazim 

Aku dilamar untuk menyertai 'keluarga' ini sebelum melangkah ke sana lagi (KMM), Ummi sendiri yang melamar melalui anak Ummi kerana aku berkawan dengan anak Ummi. Aku jadi tertanya-tanya, 'keluarga' tu macamana ya? Apa yang kita akan buat sepanjang pertemuan nanti?
Tidak perlu dijawab, aku tahu ia merupakan 'keluarga' yang berkongsi cuma perkongsian yang bagaimana.
Bukan aku tidak pernah menyertai 'keluarga' ini sebelum ini. Aku pernah bersama ibu, malah dalam keluargaku yang sebenar, kami menghidupkan majlis Taklim.
Cuma pendekatannya agak berbeza kerana 'keluarga' di rumah ilmu ini, aku bersama dengan rakan sebaya, atau mungkin matang sedikit umurnya (setahun dua) berbanding dengan 'keluarga' aku sertai sebelum ini dan masih lagi aku sertai jika berkesempatan pulang ke rumah kerana, aku berada dalam kalangan hamba Allah yang sangat dewasa umurnya, sudah berkahwin, bercahaya mata dan sangat banyak ilmu yang tersemat di dada, warak belaka.

Di sana (KMM), aku hadir akan bertemu dengan 'keluarga' ku setiap hari jumaat selepas kelas. Aku juga ada menyertai 'keluarga' yang dikenal sebagai 'Geng Surau' setiap hari ahad malam. Di sana, aku kenal apa itu 'ukhwah'. Aku lihat hebatnya insan sebaya dan sejantinaku berkongsi ilmu yang ada. Allah, terasa kerdil diriku ini. Sudah 18 tahun ketika itu aku dan dia mendiami bumi ini, kenapa ilmu aku tidak sehebat ilmu dia, kenapa istiqamahku tidak sehebat dia. Baru aku sedar kelalaianku selama ini. Biarlah tidak hebat di dewan peperiksaan, yang penting kenal Pencipta dan Rasul dan tahu tujuan hidup. Ya, aku sedar selama ini, cuma masih 'mamai'.

Bila aku berada dalam 'keluarga' ini, aku merasa seakan-akan selamat kerana aku tidak akan jauh dari-Nya. Walau sesibuk mana sekalipun, aku kembali kepada 'keluarga' ini untuk kembali pada-Nya. 'Keluarga' yang mengajak ahlinya untuk teruskan dakwah, menghidupkan syiar Allah, menghilangkan segala kekeliruan dan lari dari kesibukan duniawi. Aku akan rasa berdebar setiap kali aku hendak melangkah masuk dalam 'keluarga' ini kerana sering terlintas "Aku tak layak", "Mereka hebat", "Tak tahu nak jawab apa kalau mereka tanya" dan mungkin debaran untuk mengetahui sesuatu yang baru aku sedar bahawa ada perbuatan yang sering  ku lakukan selama ini salah pada sisi-Nya.
Allah..

Ukhwah yang terjalin membenarkan aku untuk rasa diberi perhatian untuk memberi pendapat, bercerita tentang masalah dan bertanya. Di situ, kasih sayang antara ahli 'keluarga' tersemai, senyuman sering terukir di bibir dan dapat rasakan perasaan bahagia yang sebenar apabila ukhwah terjalin kerana Redha Allah.
Yang penting, ISLAM ITU SWEET.

Namun begitu, di sini iaitu di tempat mana aku menyambung pelajaranku, aku merasai 'KEHILANGAN'. Aku hilang 'keluarga' itu. Aku belum lagi dapat menyahut cabaran Naqibahku untuk sertai 'keluarga' itu di sini. Jujur, aku tidak duduk diam, aku bertanya dan aku masih teruskan pencarian, namun aku seperti hilang kekuatan untuk melangkah menyertai 'keluarga' yang wujud di sini. Bukan satu dua tapi banyak sebenarnya 'keluarga' itu disini tetapi aku seperti tidak yakin. Adakah kerana terlalu memilih? Apa yang aku pilih? Aku keliru ke? Aku takut ke? 'Keluarga' yang aku sertai dulu ada juga di sini, tetapi untuk aku hadir dalam 'keluarga' itu aku perlu melalui seorang muslimin. Aku jadi malu.

Ya, itulah 'KEHILANGAN' yang sebenar, aku hilang tempat untuk aku istiqamah menggali secebis santapan jiwa. Ada, aku gali. Aku hadir ke majlis ilmu tetapi tidak seperti 'keluarga' itu. Aku masih lagi mencari 'kehilangan' ini dan berharap dapat bertemu dengannya dan mungkin aku sedang menghampiri pertemuannya.

Ada seorang Pencetus Ummah membuatkan aku sedar bahawa manusia tidak cuba untuk menyertai halaqah atau apa sahaja bentuk perkongsian kerana mereka tidak yakin dengan diri mereka. Ya, mungkin aku tidak yakin.

Apa yang akan aku bawa ketika menghadap-Nya? Allah, Allah, Allah..

Ku berharap ia bukan kehilangan yang abadi..

Keluarga means usrah..


Wednesday 12 March 2014

Coretan Tentang Aku


 Coretan Tentang Aku..


ASSALAMUALAIKUM ku sapa mesra,
SALAM SEJAHTERA ku ukir kata,
Awal BISMILLAH ku buka bicara,

Coretan Tentang Aku memula tinta.





                                                                                               

Tak kenal maka x cinta taaruf….

            Namaku ialah sebuah nama yang sering menjadi sebutan ketika zaman hidupnya seorang Nabi yang memiliki ketampanan yang amat luar biasa serta perhiasan peribadi yang mulia. Nama yang menjadi pilihan dua syurga di hatiku ialah Siti Zulaikha. Puteri kepada seorang ayah yang tidak kurang hebat ‘kehensemanyya’, Nasir bin Husin bersama zaujahnya yang merupakan wanita yang paling jelita dalam hidupku bersama akhlaknya yang cukup dijaga rapi yang diberi nama Zurina binti Abu @ Bidin. Alhamdulillah, dua syurga di hatiku baru sahaja meyahut seruan Ilahi untuk menziarahi Baitullah pada tahun lepas.



            Aku lahir di dunia ini selepas abang ku, Muhammad Zaid (21) dan sebelum adik-adikku, Muhammad Zubair (19), Muhammad Ilyas (7) dan Siti Khadijah (5). Ini bermakna aku adalah yang kedua di antara mereka. Selang satu umur untuk anak-anak ibu dan ayah bagi generasi pertama iaitu generasi tentera, aku berumur 20 tahun, Insya-Allah pada 25 Ogos. Selang dua tahun untuk adik-adik yang lahir pada generasi seterusnya iaitu generasi pencen. Kalau dahulunya, kami di generasi pertama hidup dengan laut, adik-adik generasi kedua hidup dengan minyak. Kenapa ye? Kerana ayahku mengerah tenaganya selama 23 tahun sebagai Navy dan pencen, dan meneruskan kerjaya as as ‘Safety Supervisor’ di Petronas (yang tempat tapis minyak tu) di Melaka.

Aku lahir di Melaka namun aku dibesarkan di Lumut, Perak selama 6 tahun. Beralih ke tempat baru di Kuala Lumpur ketika darjah 2 hingga tingkatan 1 dan akhirnya aku kembali ke tempat asalku di Melaka ketika tingkatan 2 sehinggalah sekarang.

Bermula langkahku menimba ilmu pengetahuan sejak aku bayi lagi, ibu mengajar cara menyusu, makan nestum, merangkak, berjalan, solat, mengaji, membaca dan ayah mengajar hidup ikut sunnah Rasulullah. Mereka merupakan guru pertama dan terakhir dalam hidupku yang paling terbaik kerana ilmu mereka aku bawa dalam kehidupan seharian dan insha-Allah akan menjadi bekalan untukku kelak. Ilmu mereka bukan semata-mata untuk peperiksaan dunia, namun merupakan bekalan untuk ke SANA nanti. Pendidikan formalku bermula di Tadika Abim (1999-2000) dan diteruskan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan TLDM, Lumut (2001), Sekolah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn,K.L (2002-2006). Ku teruskan ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussien Onn,K.L (2007) ke Sekolah Menengah Tun Haji Abdul Malek, Melaka (2008-2011). Aku tidak berhenti di situ, ku teruskan pencarian ilmuku di Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) dalam bidang perakaunan. Dan sekarang, aku di sini, Univ. Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sejujurnya, UKM bukanlah universiti impianku. Namun,subjek ekonomi menjadi kegemaranku. Tetapi, cita-citaku sebelum ini adalah menjadi akauntan ketika di sekolah dan bertukar kepada pensyarah ketika di KMM dan sekarang aku hanya mampu bercita-cita untuk berkerjaya kelak. Kerjaya apa?..wallahualam..Minatku adalah mengumpul kerongsang dan tudung.Aku suka bermain dengan warna-warna kerongsang dan tudung. Untuk dijadikan kisah, aku dah boleh jadi usahawan dengan membuat perkhidmatan menyewa tudung. Tetapi, apa salahnya kalau kita berbuat baik dengan orang dengan memberi pinjam sahaja tudung itu kerana tudung itu mahkota wanita muslim. Tidak perlu aku meminta bayaran untuk penutupan aurat wanita muslim.





           Makanan kegemaran adalah apa sahaja yang sedap dan halalan tayyiba terutama makanan dari air tangan ibu, ayah, atuk dan nenek. Makanan dari air tangan sendiri kena tunggu lagi ..... tahun. Kalau kebanyakan orang menggemari air kelapa, tidak untuk ku. Gemar membaca novel tetapi jarang sangat membacanya kecuali kalau kawan-kawan yang syorkan. Setakat ini, yang menjadi pilihan ialah novel penulisan HLOVATE dan Ustazah Fatimah Syarha. Tetapi aku bukanlah pembaca yang budiman. Mereka juga adalah idola atau labih sedap didengar ialah inspirasiku. Namun, ibu dan ayah serta abang Zaid tersayang adalah sumber inspirasi utamaku. Sebagai muslim, Rasulullah adalah ikutan yang terbaik sekali.Yang pasti, aku gemar menulis dan bermain dengan ayat berirama puitis. Namun, aku tidak pernah menjadikan minat ini satu hobi. Ini kerana penulisan yang hebat perlu disertakan dengan ilmu yang bermanfaat dan benar di mana sumbernya adalah melalui pembacaan. Kurangnya aku ialah kurang membaca. Tetapi, Zulaikha ! berhentilah 'membangau', berhentilah beralasan.

Jika ditanya tentang prinsip hidup, jujur tiada satu 'quote' yang dipegang untuk menjadi pegangan abadi. Bagi diriku, segala yang postif itu adalah prinsip yang terbaik. Apa sahaja yang dilakukan, ku harapkan REDHA-NYA dan mengharapkan keberkatan dalamnya. Kerana amal tanpa berkat, tiada nilai di sisinya. 

Setakat ini sahaja yang mampu dikongsi untuk pembacaan bersama. Tiada yang istimewa tentang diriku. Semoga melalui serba serbi tinta ini, rakan pembaca dapat mengenali diri ini.

Usaha Mencari Mardhatillah..Allahuakhbar.