web widgets

Sunday 16 March 2014

Kehilangan

Kehilangan..
Satu perkataan,
Apabila diungkap di bibir,
Didengar oleh telinga,
Membuatkan sesetengah jiwa tersentuh,
Membuatkan sesetengah hati seakan menangis,
Minda kembali kepada kenangan lama serta-merta,
Namun, kenangan yang bagaimana ?
Kenapa kenangan itu 'hilang'?

Kehilangan..
Satu perkataan,
Apabila disebut dengan lidah,
Didengar oleh telinga,
Membuatkan minda mencerna serta-merta,
Apa yang 'hilang' ?
Jika kenangan,
Pasti ada insan di dalamnya,
Namun,
Tidak semua yang pernah melalui 'kehilangan' itu,

Yang pasti,
Semua pernah merasai,
Mungkin sedang melalui,
'Kehilangan'.....
Yang kekal,
Atau yang masih boleh dicari,
Untuk bertemu kembali dengan 'kehilangan' itu.

Ya, aku sedang melalui satu 'kehilangan'..Alhamdulillah orang yang tersayang masih ada lagi di sisiku (ibu, ayah, abang, adik-adik, sahabat dan teman seperjuangan). Mereka masih ada, jadi apa yang aku hilang?

Aku hilang semangat,
Semangat apa?, Belajar? Teruskan hidup?..Tidak!! Walaupun pernah timbul perasaan itu, namun ia bukanlah 'kehilangan' yang sebenar. Itu semua hanya permainan minda sahaja, syaitan pun ikut serta. Allahu..

Mungkin ini ialah kehilangan yang sebenar..





Kalau dahulu, di sana (KMM)..aku ada 'keluarga' yang sebegini. Keluarga yang hadir di tempat mana aku menuntut ilmu pengetahuan. Keluarga yang aku sertai untuk mendapatkan secebis ilmu sebagai pengisian rohani. Di sini, aku lebih dekat dengan-Nya. Setelah berjam-jam aku memperuntukkan masa untuk kelas sebagai persediaan menghadapi 'exam', perbincangan dengan rakan-rakan untuk persediaan 'presentation' sehingga kadang tu bukan sesaat, bukan seminit, mungkin pernah berjam-jam aku lupa yang Dia sedang memerhatikan perbuatanku. Aku lupa untuk mencari pengisian untuk jiwa ini, aku lupa untuk mencari bekalan untuk diri ini ketika menghadap-Nya, aku lupa yang aku akan kembali kepada-Nya satu hari nanti.
Astaghfirullahalazim 

Aku dilamar untuk menyertai 'keluarga' ini sebelum melangkah ke sana lagi (KMM), Ummi sendiri yang melamar melalui anak Ummi kerana aku berkawan dengan anak Ummi. Aku jadi tertanya-tanya, 'keluarga' tu macamana ya? Apa yang kita akan buat sepanjang pertemuan nanti?
Tidak perlu dijawab, aku tahu ia merupakan 'keluarga' yang berkongsi cuma perkongsian yang bagaimana.
Bukan aku tidak pernah menyertai 'keluarga' ini sebelum ini. Aku pernah bersama ibu, malah dalam keluargaku yang sebenar, kami menghidupkan majlis Taklim.
Cuma pendekatannya agak berbeza kerana 'keluarga' di rumah ilmu ini, aku bersama dengan rakan sebaya, atau mungkin matang sedikit umurnya (setahun dua) berbanding dengan 'keluarga' aku sertai sebelum ini dan masih lagi aku sertai jika berkesempatan pulang ke rumah kerana, aku berada dalam kalangan hamba Allah yang sangat dewasa umurnya, sudah berkahwin, bercahaya mata dan sangat banyak ilmu yang tersemat di dada, warak belaka.

Di sana (KMM), aku hadir akan bertemu dengan 'keluarga' ku setiap hari jumaat selepas kelas. Aku juga ada menyertai 'keluarga' yang dikenal sebagai 'Geng Surau' setiap hari ahad malam. Di sana, aku kenal apa itu 'ukhwah'. Aku lihat hebatnya insan sebaya dan sejantinaku berkongsi ilmu yang ada. Allah, terasa kerdil diriku ini. Sudah 18 tahun ketika itu aku dan dia mendiami bumi ini, kenapa ilmu aku tidak sehebat ilmu dia, kenapa istiqamahku tidak sehebat dia. Baru aku sedar kelalaianku selama ini. Biarlah tidak hebat di dewan peperiksaan, yang penting kenal Pencipta dan Rasul dan tahu tujuan hidup. Ya, aku sedar selama ini, cuma masih 'mamai'.

Bila aku berada dalam 'keluarga' ini, aku merasa seakan-akan selamat kerana aku tidak akan jauh dari-Nya. Walau sesibuk mana sekalipun, aku kembali kepada 'keluarga' ini untuk kembali pada-Nya. 'Keluarga' yang mengajak ahlinya untuk teruskan dakwah, menghidupkan syiar Allah, menghilangkan segala kekeliruan dan lari dari kesibukan duniawi. Aku akan rasa berdebar setiap kali aku hendak melangkah masuk dalam 'keluarga' ini kerana sering terlintas "Aku tak layak", "Mereka hebat", "Tak tahu nak jawab apa kalau mereka tanya" dan mungkin debaran untuk mengetahui sesuatu yang baru aku sedar bahawa ada perbuatan yang sering  ku lakukan selama ini salah pada sisi-Nya.
Allah..

Ukhwah yang terjalin membenarkan aku untuk rasa diberi perhatian untuk memberi pendapat, bercerita tentang masalah dan bertanya. Di situ, kasih sayang antara ahli 'keluarga' tersemai, senyuman sering terukir di bibir dan dapat rasakan perasaan bahagia yang sebenar apabila ukhwah terjalin kerana Redha Allah.
Yang penting, ISLAM ITU SWEET.

Namun begitu, di sini iaitu di tempat mana aku menyambung pelajaranku, aku merasai 'KEHILANGAN'. Aku hilang 'keluarga' itu. Aku belum lagi dapat menyahut cabaran Naqibahku untuk sertai 'keluarga' itu di sini. Jujur, aku tidak duduk diam, aku bertanya dan aku masih teruskan pencarian, namun aku seperti hilang kekuatan untuk melangkah menyertai 'keluarga' yang wujud di sini. Bukan satu dua tapi banyak sebenarnya 'keluarga' itu disini tetapi aku seperti tidak yakin. Adakah kerana terlalu memilih? Apa yang aku pilih? Aku keliru ke? Aku takut ke? 'Keluarga' yang aku sertai dulu ada juga di sini, tetapi untuk aku hadir dalam 'keluarga' itu aku perlu melalui seorang muslimin. Aku jadi malu.

Ya, itulah 'KEHILANGAN' yang sebenar, aku hilang tempat untuk aku istiqamah menggali secebis santapan jiwa. Ada, aku gali. Aku hadir ke majlis ilmu tetapi tidak seperti 'keluarga' itu. Aku masih lagi mencari 'kehilangan' ini dan berharap dapat bertemu dengannya dan mungkin aku sedang menghampiri pertemuannya.

Ada seorang Pencetus Ummah membuatkan aku sedar bahawa manusia tidak cuba untuk menyertai halaqah atau apa sahaja bentuk perkongsian kerana mereka tidak yakin dengan diri mereka. Ya, mungkin aku tidak yakin.

Apa yang akan aku bawa ketika menghadap-Nya? Allah, Allah, Allah..

Ku berharap ia bukan kehilangan yang abadi..

Keluarga means usrah..


No comments:

Post a Comment