web widgets

Wednesday 12 March 2014

Coretan Tentang Aku


 Coretan Tentang Aku..


ASSALAMUALAIKUM ku sapa mesra,
SALAM SEJAHTERA ku ukir kata,
Awal BISMILLAH ku buka bicara,

Coretan Tentang Aku memula tinta.





                                                                                               

Tak kenal maka x cinta taaruf….

            Namaku ialah sebuah nama yang sering menjadi sebutan ketika zaman hidupnya seorang Nabi yang memiliki ketampanan yang amat luar biasa serta perhiasan peribadi yang mulia. Nama yang menjadi pilihan dua syurga di hatiku ialah Siti Zulaikha. Puteri kepada seorang ayah yang tidak kurang hebat ‘kehensemanyya’, Nasir bin Husin bersama zaujahnya yang merupakan wanita yang paling jelita dalam hidupku bersama akhlaknya yang cukup dijaga rapi yang diberi nama Zurina binti Abu @ Bidin. Alhamdulillah, dua syurga di hatiku baru sahaja meyahut seruan Ilahi untuk menziarahi Baitullah pada tahun lepas.



            Aku lahir di dunia ini selepas abang ku, Muhammad Zaid (21) dan sebelum adik-adikku, Muhammad Zubair (19), Muhammad Ilyas (7) dan Siti Khadijah (5). Ini bermakna aku adalah yang kedua di antara mereka. Selang satu umur untuk anak-anak ibu dan ayah bagi generasi pertama iaitu generasi tentera, aku berumur 20 tahun, Insya-Allah pada 25 Ogos. Selang dua tahun untuk adik-adik yang lahir pada generasi seterusnya iaitu generasi pencen. Kalau dahulunya, kami di generasi pertama hidup dengan laut, adik-adik generasi kedua hidup dengan minyak. Kenapa ye? Kerana ayahku mengerah tenaganya selama 23 tahun sebagai Navy dan pencen, dan meneruskan kerjaya as as ‘Safety Supervisor’ di Petronas (yang tempat tapis minyak tu) di Melaka.

Aku lahir di Melaka namun aku dibesarkan di Lumut, Perak selama 6 tahun. Beralih ke tempat baru di Kuala Lumpur ketika darjah 2 hingga tingkatan 1 dan akhirnya aku kembali ke tempat asalku di Melaka ketika tingkatan 2 sehinggalah sekarang.

Bermula langkahku menimba ilmu pengetahuan sejak aku bayi lagi, ibu mengajar cara menyusu, makan nestum, merangkak, berjalan, solat, mengaji, membaca dan ayah mengajar hidup ikut sunnah Rasulullah. Mereka merupakan guru pertama dan terakhir dalam hidupku yang paling terbaik kerana ilmu mereka aku bawa dalam kehidupan seharian dan insha-Allah akan menjadi bekalan untukku kelak. Ilmu mereka bukan semata-mata untuk peperiksaan dunia, namun merupakan bekalan untuk ke SANA nanti. Pendidikan formalku bermula di Tadika Abim (1999-2000) dan diteruskan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan TLDM, Lumut (2001), Sekolah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn,K.L (2002-2006). Ku teruskan ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussien Onn,K.L (2007) ke Sekolah Menengah Tun Haji Abdul Malek, Melaka (2008-2011). Aku tidak berhenti di situ, ku teruskan pencarian ilmuku di Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) dalam bidang perakaunan. Dan sekarang, aku di sini, Univ. Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sejujurnya, UKM bukanlah universiti impianku. Namun,subjek ekonomi menjadi kegemaranku. Tetapi, cita-citaku sebelum ini adalah menjadi akauntan ketika di sekolah dan bertukar kepada pensyarah ketika di KMM dan sekarang aku hanya mampu bercita-cita untuk berkerjaya kelak. Kerjaya apa?..wallahualam..Minatku adalah mengumpul kerongsang dan tudung.Aku suka bermain dengan warna-warna kerongsang dan tudung. Untuk dijadikan kisah, aku dah boleh jadi usahawan dengan membuat perkhidmatan menyewa tudung. Tetapi, apa salahnya kalau kita berbuat baik dengan orang dengan memberi pinjam sahaja tudung itu kerana tudung itu mahkota wanita muslim. Tidak perlu aku meminta bayaran untuk penutupan aurat wanita muslim.





           Makanan kegemaran adalah apa sahaja yang sedap dan halalan tayyiba terutama makanan dari air tangan ibu, ayah, atuk dan nenek. Makanan dari air tangan sendiri kena tunggu lagi ..... tahun. Kalau kebanyakan orang menggemari air kelapa, tidak untuk ku. Gemar membaca novel tetapi jarang sangat membacanya kecuali kalau kawan-kawan yang syorkan. Setakat ini, yang menjadi pilihan ialah novel penulisan HLOVATE dan Ustazah Fatimah Syarha. Tetapi aku bukanlah pembaca yang budiman. Mereka juga adalah idola atau labih sedap didengar ialah inspirasiku. Namun, ibu dan ayah serta abang Zaid tersayang adalah sumber inspirasi utamaku. Sebagai muslim, Rasulullah adalah ikutan yang terbaik sekali.Yang pasti, aku gemar menulis dan bermain dengan ayat berirama puitis. Namun, aku tidak pernah menjadikan minat ini satu hobi. Ini kerana penulisan yang hebat perlu disertakan dengan ilmu yang bermanfaat dan benar di mana sumbernya adalah melalui pembacaan. Kurangnya aku ialah kurang membaca. Tetapi, Zulaikha ! berhentilah 'membangau', berhentilah beralasan.

Jika ditanya tentang prinsip hidup, jujur tiada satu 'quote' yang dipegang untuk menjadi pegangan abadi. Bagi diriku, segala yang postif itu adalah prinsip yang terbaik. Apa sahaja yang dilakukan, ku harapkan REDHA-NYA dan mengharapkan keberkatan dalamnya. Kerana amal tanpa berkat, tiada nilai di sisinya. 

Setakat ini sahaja yang mampu dikongsi untuk pembacaan bersama. Tiada yang istimewa tentang diriku. Semoga melalui serba serbi tinta ini, rakan pembaca dapat mengenali diri ini.

Usaha Mencari Mardhatillah..Allahuakhbar.












                                          

No comments:

Post a Comment