web widgets

Tuesday 10 June 2014

Epilog


Akak, epilog tu apa ?
Hmm, yang akak tahu selalunya kalau baca kat novel, epilog tu pengakhirannya cerita..

Bermulanya, aku perlu mewujudkan blog,
Ya, aku sangat suka sebab aku suka bercerita sebenarnya,
Namun, bukan dengan tangan,
Dengan lisan.

Namun, aku cuba dan cuba.

Terima kasih Sir Azzwan,
Aku berupaya melatih diriku menulis dengan penuh penceritaan dan emosi,
Aku bermain denga situasi,
Jujur, 
Aku menulis dari hati,
Sehingga aku mampu menangis, marah dan kadang tu 'moody',
Hanya dengan penulisan sendiri.

Sangat hebat tinta dari hati.

Minta maaf, minta maaf,
Andai diri tersalah bercerita,
Andai nukilanku mengguris sebarang jiwa,
Andai tulisanku tidak sebaik mana,
Ini yang mampu ku persembahkan.

Semoga ini bukan tulisan terakhirku,
Mencari Mardhatillah tetap ku teruskan,
Semoga serba sedikit tintaku dapat menjadi ibrah, pengajaran dan manfaat.

TERIMA KASIH
MOHON MAAF..








s3sitizulaikha.blogspot.com


Buah hatiku

Ehemm,
Buah hati tersayangku..

BIODATA :

NAMA : ZAID
UMUR : 21
STATUS : BUJANG ???
BELAJAR MANA : UNIMAS
COURSE APA : SAINS AKUATIK, WOWWW..
APA TARIKAN DIA SAMPAI JADI BUAH HATI AKU : SEBAB KITA BOLEH PEGANG TANGAN, BOLEHLAH NAK MANJA-MANJA, PANGGIL SAYANG PUN  TAK APA.
NCK NAME CONTACT : ZAID ( MY LOVE)...
BERAPA LAMA DAH BERSAMA : SEJAK AKU LAHIR KE DUNIA SAMPAI SEKARANG..

PERSEMBAHKAN..


Ya, kami memang sangat sweet couple,
Tgok tu baju dah sama warna..


Mamat yang perasan hensem' ni..


Ehem, alim jugalah..
Pilihan hati ni..


Seiras Hafiz Hamidun??
Lebih kepada Fitri Haris sebenarnya..
Pape je lah..
Zaid lagi macho..




Eh, yang sebelah Zaid tu lagi hensemlah..
Ehemm,
Zulaikha !!
Behave..
Jaga mata,
Jaga hati...

Cehh,
Abang kandungku sorang ni jelah antara jejaka yang aku suka mengadu pelbagai perkara,
Bila dalam susah je, 'col' abang.
Tapi 'col' ibu dululah yang wajib hee..
Nak manja ngan dia ??
Tak pun sangat sebenarnya,
Kena pelangkung juga kang,
Rimas je dia rasa,
Nak jalan sweet kat shopping, ehmmm, hampeh,
Nanti makwa lari, tak ada yang nak dekat.

Lelaki lah katakan.
Selalu kena marah nagn dia sampai nangis, pernah je,
Tapi, ada 1 kali tu dia minta maaf 'officially' kat fb,
Woww,
terharu gilaa,
Semua la komen kata untunglah dapat abang mithali n bla bla bla.
Okey, motif dia ni nak perasan jadi abang baik sangat ke?
Eh eh eh,
HUSNUSZON.

Dia,
Memang ramai peminat,
Semua akan ambil hati aku dalam masa yang sama,
Setakat ni, banyak calon-calon yang ok..hmm..
Aku pernah pesan,
Sesiapa mahu abangku,
Perlu lalu aku dulu lah,
Sebab aku nak yang terbaik bagi abangku,
Sebab aku tahu perempuan,
Kadang tu nampak je cantik, sweet tapi dalaman ehehee..

Jodoh di tangan Allah.
Hopefully dia dapat yang terbaik..
Bidadari syurga dunia..
waa..

Abang,
Memang inspirasiku,
Tak kisahla akademik lagi 'low' sikit dari aku,
Tapi, aku respect la kebolehan dia yang lain,
Kepimpinan, mengurus, banyak lagilah.
Dia ni seorang yang agak mudah sikit.

Abang,
Sayang anda selamanya,
Buah hatiku sampai akak kahwinlah..
Ahahaha,
Lepas tu ?
Tengoklah macamana feeling time tuh..huhuhuhu..





Haa.. Study di minit terakhir !!!




Pada mulanya,
Masih mampu tersenyum !!!
Slow and steady..

Haa, 



Ni dia,
Memang suka kan buat macam ni.
Suka sangat 'study' pada masa macam ni,
Oleh itu,
Jadilah seperti...



Kalut dah..
10 bab 
Allah 9 bab tak faham langsung,
Eh,
Melampau pula macamni.

Iyalah, 
Analoginya lebih kurang begitu.
Semua benda rasa macam nak campak,
Pening, migrain dan gastrik semua datang,
Tangan sejuk je,
Berdebar..

Rasakanlah,
'Study last minute'
Tak pasal-pasal nak kena 'stay up' pula.




Ouchh,
'Pressure', kiri kanan,

Eh Eh,
Zulaikha !!!,
Be strong,
Memang macam ni kan,
Memang dah biasa 'study last minute',
Semoga Allah berkati usaha di minit terakhir ni.






Yupp, I can do it,
I can do it,
I can do it..


Moga Allah Redha..




Iman dan Amal


Allahuakbar,
Jemaah tabligh,
Sungguh, mereka sangat hebat dalam meneruskan perjuangan Rasulullah,
Keluar berdakwah ke jalan Allah sentiasa,
Namun,
Malang,
Tidak ramai yang tahu tentang jemaah ini,
Sedih,

Bila ayah cerita,
Bila jemaah pergi rumah ke rumah untuk berjumpa dengan semua kaum Adam yang ada di rumah,
Mereka dianggap seperti ....
Tak tahu nak cakap mana,
Sedangkan tujuan mereka sangat mulian,
Nak mengajak ke arah kebaikan,
Paling 'basic' sekali la,
Ajak pergi solat berjemaah je pun kat surau atau masjid.

Tapi,
Ada yang baca ntah apa-apa lah dan sembur kepada para jemaah,
Pikir jemaah ni ahli sihir ke apa?
Ada yang buat2 tak dengar, buat-buat jawab telefon,
Sedangkan anak yang ada kat sisi panggil cakap ada orang bagi salam,
Allah, Allah,
Dunia akhir zaman,
Orang alim diperlekehkan,
Nampak sangat lemah iman,
Tak apa, tak apa,
HUSNUSZON,
Mungkin ada pelabur 'col' kot cakap syarikat nak bankrup.
DUNIA..
At least, At least ye,
Jawablah salam, cakap tengah sibuk.
Harap rumah je besar.

Okey,
Sabar, sabar,
Dakwah memang banyak dugaan,
Rasulullah diduga lagi hebat.

Apa ?
Nampak macam jemaah tabligh ni daif sangat ke?
Yang lelakinya pakai kurta ngan kain pelekat,
Yang muslimahnya berjubah berselubung hitam.

Wahailah manusia sekalian,
Tahu tak,
Mereka berharta,
Bukan harta akhirat je tau,
Rumah banglo, kereta mewah,
Sebahagian dari mereka hidup serba senang.

Namun,
Maksud dakwah dan tabligh ialah,
MENGORBANKAN HARTA DAN DIRI DEMI MENEGAKKAN AGAMA ALLAH,
MEMBETULKAN SALAH FAHAM BAHAWA HARTA DAN DIRI BUKAN MILIK KITA TETAPI MILIK ALLAH.
Ini yang mereka lakukan,
Harta ditinggalkan demi berjuang meneruskan perjuangan Rasulullah.

Hakikatnya,
Inilah sifat Para Sahabat.

Janji Allah sangat hebat,
Kita bantu agama Allah, nescaya Allah akan bantu kita.
Hidup mencari Redhanya.

Satu perkara yang berulang-ulang kali disebut oleh jemaah tabligh ialah,
Kita mahu usaha dan terus usaha untuk dakwah,
Fikir lagi dan lagi tentang IMAN DAN AMAL.

Serius, 
Setiap kali aku berjumpa denga para muslimah tabligh, 
Iman dan Amal serta Yakin yang sering diperkatakan,
Ada murid kepada seorang ustaz bertanya,
"Tiada topik lain ke ustaz? "

Bagaimana mahu ada topik lain,
Memang tujuan hidup kita ialah Iman dan Amal,
2 perkara ini yang akan dibawa ke akhirat kelak,
Kerana itu, 
Kita mahu cakap,
Lagi, lagi dan lagi,
Tentang Iman dan Amal.
Usaha atasnya dan Yakin dengan janji Allah.


Sungguh debu yang melekat pada kakimu,
Allah halang api neraka menyambarnya..
Allahu Rabbi.


Monday 9 June 2014

Panic Attack

Kereta yang dipandu laju,
PK tutup,
Klinik swasta,
BANGI, KAJANG,
TUTUP!!!

Nafasku makin tersekat-sekat,
Badanku lemah tika itu,
Aku ingin, Aku mahu,
Jumpa doktor,
SEKARANG !!!

Syukur,
Ada 1 klinik dibuka di Kajang,
Aku bergegas keluar,
Masuk dalam klinik,
Allah,
RAMAINYA !!!,

Aku tak tahan dengan kondisiku ketika itu,
Tak mampu nak duduk tenang untuk menunggu giliranku,
Aku meminta pada pembantu doktor untuk masuk sekarang,
URGENT !!
EMERGENCY !!

Alhamdulillah,
Aku berjaya masuk,
Aku membuat ujian jantung,
Ku sedut alat pernafasan itu dengan tenang,
Pelik !!
Kadar jantungku sangat baik,
Namun,
Masih aku tidak dapat bernafas dengan baik,
Pandanganku tidak fokus,
Badanku bergetar seluruhnya,
Risau rakan bilik memandangku.


Tiba giliranku berjumpa doktor,
Aku diperiksa sekali lagi,
Lelah ?
TAK!!
Awak rasa macam ni ye?


Lebih kurang juga.
Okey, sebenarnya aku diserang....


Sebab banyak sangat berfikir,
Mungkin aku nampak tenang,
Tetapi, 
mindaku sering berfikir, berfikir, berfikir,
Tidak aku beri masa rehat,
Lagipun, masa ni memang nak dekat 'final exam',
Doktor pun faham,
Dia bagi ubat..

Pulang je,
Aku terus makan ubat,
Tidur dalam keadaan tak tenang,
Ibu dan ayah telefon,
Risau mereka,
Serba salah aku menceritakan pada mereka,
Syukur,
Tiada apa-apa.

Sungguh,
Ujian untuk aku bersedia,
BERSEDIA ?
KEMBALI PADANYA..






Sakratulmaut ???


Ketika semester 1,
Di UKM,
Ya, inilah yang pernah terjadi pada diriku,

Pada hari Jumaat,
Kelas yang agak 'pack'
Dari pagi ada kelas, 
Sambung kelas ganti petang,
Agak letih tetapi tak meletihkan sangat pun sebenarnya,
 Cuaca yang sangat sejuk,
Pulang dari kelas,
Terus ke kafe beli air teh ais.

Lepas Maghrib,
Tidur sekejap sebab badan agak letih ketika itu,
Tapi tak dapat lelap sangat sebenarnya,
Tambah pula ada orang datang bilik minta 'match'kan baju dengan tudung,
'Then', cuba tidur balik,
Dah azan isya' dah tika itu,

So, 
Solat dulu (badan memang letih gila masa tu),
Malam tu terasa rajin sangat dirikan solat sunat,
'Then', cadang nak baca surah Al-Kahfi pula,

Suasana malam tu agak lain sebenarnya,
Sejuk sangat !!!!
Duduk atas katil,
Mulakan bacaan,
Tetapi,
Sampai 1 ayat,
Rasa nyawa aku bagai ditarik,

Allah,
Aku teruskan bacaan. Sampai meleleh airmata sebab sakit sangat masa tu kat dada. Aku tak mampu bernafas dengan betul. Satu yang terlintas di fikiran. ADAKAH HARINI AKU AKAN KEMBALI PADANYA?? Memang kaki, tangan dan pipi sejuk sangat. Macam dah kebas. Nafas naik turun. Mata aku terbeliak pandang teman sebilik. Turun dari katil dengan telekung. Tak mampu nak keluarkan kata-kata. Hanya telunjuk meminta air. 

Dia sangat risau, menghulurkan air. Menyahut namaku banyak kali. Bertanya sama ada aku okey atau tidak. Aku tak mampu menjawab kerana keadaanku ketika itu, SERIUS, SEPERTI HARI TERAKHIRKU.

TAKUT,
AKU JADI TAKUT,
AKU BELUM BERSEDIA,
ALLAH..

Aku berjalan keluar bilik dengan berkaki ayam,
Aku berjalan di sepanjang koridor seperti orang kena rasuk,
Namun, lidah rancak dengan zikrullah dan syahadah
Aku memegang setiap sendi tubuhku,
Sangat sejuk,

Zulaikha ! Zulaikha !
Teman sebilik memanggil,
Aku tidak berpaling,
Aku berhenti di cermin,
Hari ini aku akan pergi ?
Betulkah Ya Allah?
Aku melihat wajahku buat kali terakhir di muka bumi sambil aku bersedia untuk sakratulmaut.

Aku ditarik masuk ke bilik oleh seorang kakak senior,
Aku di suruh baring tetapi aku tak nak,
Aku ingin bersedia,
Aku menangis teresak-esak di bahu salah seorang kakak senior sambil kaki dan tanganku disapu dengan minyak panas,

Aku telefon ibu,
Perkataanku,
"ibu, kakak nak pergi"
"sakit sangat"

Felo di telefon untuk meminta membawaku ke PK,
Namun, dia sibuk,
Jadi, aku ke klinik swasta dengan kakak senior lain,

Dalam kereta, 
Aku diamm,
Aku memandang langit,
Aku memandang sekeliling,
Tidak sangka aku akan pergi,
HARINI,
Sedangkan sebenarnya aku belum bersedia,

Allah,
terasa aku sungguh kufur tika itu,
Aku ingin cepat sampai ke klinik,
Semoga doktor kembalikan kesihatanku,
Aku belum bersedia,
Allah,Allah,Allah,
Aku belum bersedia rupanya,

Tika dalam kereta,
Aku mengetuk, cubit kaki dan tanganku kerana aku tidak dapat rasa sebarang sentuhan,
Bertambah risau dan gelisah,
Nafasku masih tersekat,
Badan ku mengigil seluruhnya,

KENAPA ?
INIKAH PROSES SAKRATULMAUT?

ALLAHU RABBI...





Thursday 5 June 2014

Anugerah adalah Peminatku



Night in Paris, saya dapat bunga..

A : Siapa bagi ika bunga ?
B : Ika dapat anugerah. Ika mana ada peminat nak bagi bunga.
A : Anugerahlah peminat Ika.


Komen yang ringkas,
Buatkan aku tersedar,
Ya,
Belum masanya ku mengharapkan mana-mana kaum Adam sebagai kekasihku,
Buat masa ini,
Jadikan kejayaan sebagai kekasihku,

Syukur Alhamdulillah,
Tahun 1 yang penuh dengan pengalaman,
Suka duka,
Dalam pada aku khuatir,
Risau,
Tertekan,
Allah datangkan kejayaan bagiku.

Semester 1,
Anugerah Dekan menjadi milikku,
Cita-cita aku ke?
Tiada yang pelu dibanggakan,
Cukuplah ia membuatkan dua syurga di hatiku tersenyum.
Itu yang aku impikan.
Bukan kerutan dahi.


Semester 2,
Pada MAP,
Malam Anugerah Pelajar kolej,
Sebelum itu,
Aku mendapat mesej,
Diminta mnyenaraikan penglibatan di kolej,
Pelik kenapa,
Tanya siapa,
Ajk MAP yang hantar 'sms',
Okey dah tahu kenapa.
Mungkin kolej nak bagi penghargaan,
Tapi tak mengharap,
Just bersedia kat meja makan,

Sebelum pergi majlis,
Ada AJK 'col',
'Confirmkan' kedatangan,
Okey, memang betullah tekaan,
Sesampai kat meja makan pun,
Ada Ajk datang,
Minta bersedia.
Berdebar.

Tiba anugerah pertama,
Penerima Anugerah Dekan,
Nama aku tersenarai,
Tapi hanya wakil diminta hadir.
Eh, 
AJK tak ada cakap pun akau sebagai wakil,
So, duduk diam je lah.
Anugerah Dekan dah habis.

Okey,
Hmm,
Sedikit kecewa.
So, teruskan makan.
Tiba-tiiba datang seorang Ajk,
Minta bersedia kat tepi,
eh?
Anugerah apa pula kali ini?
Ajk rahsiakan,
So,pergi je lah.

Syukur dan terkesima sebentar,
Gaya pencalonan pemenang macam ABPBH,
Aku tercalon sebagai mahasisiwi cemerlang tahun 1,
Okey, sejak bila aku aktif kolej ni?
Then, diumumkan,
Aku dapat anugerah Mahasiwi Cemerlang Tahun 1,



Allah,
Tak tahu nak cakap apa,
Terima sebagai pelajarn untuk baiki lagi pencapaian akan datang,
Bagiku,
Ia bukan anugerah,
Tetapi tanggungjawab,

Kiri kanan orang ucap tahniah,
Takut riya', bangga,
Sejujurnya, kejayaan dan kegagalan adalah 1 ujian,
Aku diuji apabila anugerah menjadi peminatku,
Orang akan terlebih pandang tinggi dan mengharapkan lagi kejaayn dariku,
Aku takut jika aku berusaha bukan kerana Allah,
Tapi kerana manusia.
Tidak semudahnya juga menjadi orang berjaya sentiasa.
Sering dipuji,
Aku bukanlah ulama, syeikh, maulana yang hebat dan warak,
Kadang-kadang goyah juga dengan pujian,
Allah, Allah, Allah.

MUHASABAH DIRI,
USAHA KERANYANYA,
BERJAYA KERANANYA,
CARILAH REDHANYA SENTIASA.








Hujan. 'Laptop' dan Longkang (Episod Terakhir)


Aku masih di bas. masih terus-menerus cuba 'col' Ima. Mengharapkan Ima akan jawab 'col' aku. aku duduk dengan serba tak kena. Penuh dengan rasa serba salah. Ditambah lagi dengan awan yang makin gelap dan hitam. Umpama memahami perasaan aku ketika itu. Terdetik je nak tekan loceng sekarang. Berhentilah kat mana-mana sekalipun. Nak turun dan nak lari dapatkan Ima. Terfikir Ima nak sangat makan aiskrim sama-sama sebab Ima dah lama ajak makan kat Pusanika tu. Hari inilah harinya tapi aku melangkah pergi tanpa menunggunya. Apa hikmah di sebalik semua ini ?

Hello?? Alhamdulillah, Ima jawab 'col'. Ima tanya kami kat mana? Kenapa tak tunggu? Ima nampak bas, Ima lari kejar bas tapi tak sempat, Ima cari kami, tapi Ima tak nampak kelibat kami. Ima tak sangka pula kami akan pergi dulu. Aku dengar suara dan nada kecewa Ima. Dengan aiskrim yang penuh di tangan. Dengan hasrat ingin makan bersama, tapi punah segalanya. Ima yang perlu menghabiskan semuanya sepanjang perjalanan pulang. Ima ambil keputusan pulang jalan kaki. Habis 'col', aku mesej pula. Sepanjang perbualan tadi, tidak putus-putus keluar kalimah maaf dari bibirku. Ima kata, tak apa. Tapi aku tahu Ima sangat kecewa. Allah, dengan sekelip mata hubungan aku dan Ima diuji. Aku hanya mampu diam dalam bas dan mengenang apa yang akan berlaku selepas ini antara aku ngan Ima.


Dalam pada itu,
Di luar bas, 
Kilat sudah mula sabung-menyabung,
Sangat kuat dan menggerunkan,
Wow, 
Dah macam drama,
Aku mula risau,
Hujan!!!
Dan aku naik bas !!
Ya,
tekaan aku tepat.
Hujan sangat lebaaatt!!!

Aku dan rommie dah risau fikir macamana nak redah hujan. Lebat sangat. Kami perlu harungi jalan yang tidak berbumbung agak jauh untuk sampai ke DECTAR je. Belum lagi nak kolej. Dari dalam bas, aku dan rommie dah bersedia nak lari selaju-lajunya. Penuh dengan debaran sangat-sanga. Kerana petir yang sangat kuat kami tambah gerun. 

Okey. Tett!!
Loceng telah ditekan,
Kami menunggu bas berhenti.

Pintu terbuka,


Kaki menjejak tanah,
Wow, tenggelam smapi ke buku lali dah kaki kami dalam air,
Habis basah kuyup,
Lencun semuanya,
Di tangan,
Aku memeluk rapi 'laptop' ku.
Kami meredah hujan ke bawah bumbung.

Ahahahah,
Penuh hilai tawa antara aku nagn rommie,
Tak sangka akan jadi begini,
Terlintas dalam hati,
Ima bernasib baik,
Awak ditinggalkan jalan seorang,
Tapi tanpa hujan membasahi,
Mungkin ini hikmahnya.

Kami tersekat di DECTAR. Mencari jalan untukberlari ke kolej. Hujan nampaknya tak menunjukkkan tanda nak berhenti. Kami dah basah, kesejukan ni. Nak lari, tapi kilat seakan-akan nak menyambar kami setiap kali kami nak lari. Sampai satu saat. kami ambil keputusan untuk lari.

Banjir,
Memang air dalam kot haritu,
Tapi teruskan melangkah,
Sampai satu jalan,
Rommie ajak lalu jalan lain,
Tapi aku teruskan dengan laluan ku,
Sebab nakcepat
Dengan tidak semena-mena,
Aku salah langkah,
Aku pijak longkang yang tidak berpenutup,
Aku jatuh !!!
Dalam longkang yang penuh gila dengan air,

Allah,
'Laptop' ku !!!,
Habis jatuh,
Masuk dalam air,
Aku genggam beg 'laptop' ku tapi tetap ia selamat berenag separuh dalam air,
Kaki ku,
Sakit,
Aku jatuh terduduk,
Rommie hulur tangan bantu berdiri.
Aku bangun,
Gaya macam baru lepas berenang je.

Yang aku risaukan,
'Laptop' !!!
Ayah puya.
Bawa pergi kedai,
Memang kena beli baru,

Agak kelakar jugalah,
Asal-asal kena beli 'charger' je,
Tak pasal-pasal nak kena beli 'laptop' pula.

Dugaan di Tahun 1.

Bila hujan,
No more bus.
Hujan dan longkang.
Sangat tersemat dalam memori.
Heee..














Wednesday 4 June 2014

Hujan, 'Laptop' dan Longkang

Tragedi !!!
Sungguh tragis,
Satu dalam 1001 kenangan yang tidak dapat kulupakan,
Di UKM.

Ujian kali ini,
Dugaan kali ini,
Allahu, hebat betul dan penuh hikmah.

Pada hari sebelum 'presentation'. Presentation apa ? Adalah..Aku membawa laptop ke fakulti untuk 'finalise' segala 'powerpoint' dan melakukan persediaan bersama ahli kumpulan sebelum hari esok menjelang. Sudah berhari-hari, berminggu-minggu melakukan persediaan, namun 1 hari sebelum jugalah merupakan persediaan yang paling tergempar sekali. 

Bersedia, bersedia juga tetapi tidak menepati seperti apa yang dibayangkan. Dengan masalah virus sana-sini lagi. Panas, semua orang panas je. Hee..Aku, lagilah panas. Dahlah 'laptop'ku terkorban dengan virus, 'pendrive; ku lagi. Tak pelah, dah tahu pun memang semua ini akan terjadi. Pasrah demi keberkesanan 'presentation' esok.

Okey, tak siap pun lagi persediaan tetapi semua orang perlu pulang. Malam tu jugalah semua orang perlu sibuk. Aku jugalah yang 'free'. Okey, aku teruskan persediaan. Allah, 'charger laptop' !!! Terringgal kat Bilik Seminar. Sedap pula 'timing' dia. Memang bateri tinggal 10% je masa tu. Terpaksalah pinjam 'laptop' kawan untuk teruskan kerja. Alhamdulillah, 'sette'. Presentation pun okey. Bolehlah bibir ni tersenyum.

Tapi, tak juga. Cemas juga sebab 'charger laptop' tak pergi ambil lagi. Tak sempat nak ambil. Dah petang masa tu. Okey, tawakkal. Semoga esok sempatlah pergi cari. Sedangkan hari Sabtu kot esok tu. Terbangun lambat pula. Teruskan juga. Ehem, diuji lagi. Bilik Seminar dikunci. Allah, masih adakah lagi 'charger' aku tu. Masa itu, dalam fikiran dah congak dah berapa duit nak kena keluarkan untuk beli 'charger' baru. 

Hari Ahad pun tutup, so, cubalah hari Isnin. Hari sebelum 'lab test 2'. Memang tak 'study' la hari-hari sebelum Isnin sebab tak ada 'laptop'. So, hari Isnin, dengan penuh debaran (dup dap dup dap), aku membuka pintu Bilik Seminar 10 dan 'guess what' ? Syukur, ia masih ada di situ, cantik lagi terpasang 'charger' tu. Syukur, 'save money'.

Okey, petang tu. Balik dengan Ima sekali. Cadang nak naik bas sama-sama. Sebab nak 'release tension'. Sebab tu nak naik bas. Ima ajak beli aiskrim. Aku suruh Ima belikan. Aku ngan rommie pergilah tunggu bas kat 'bus stop'. Tunggu Ima kat sana.


Pandang atas, awan dah gelap. Rommie tanya, nak teruskan perjalanan naik bas ke atau nak jalan kaki.
Nak ikutkan, jalan kaki SANGAT SELAMAT dan dilindungi dari hujan sebab jalan nak ke KTHO kan 'full of roof'. Kalau naik bas, hujan pula, memang lencunlah. Aku dah tahu risiko nya tetapi aku hanya menjawab dan kami sendri sepakat, tak pelah, naik bas je. Baru je gelap awan tu.

Tiba-tiba bas pula sampai. Ima tak sampai lagi ni. Aduh, macamana ni. Yang peliknya, kaki ini melangkah berlari naik bas ngan rommie tanpa menunggu Ima walaupun hati berat tak nak naik sebab nak tunggu Ima. Aku duduk dalam bas. Duduk tapi akau jadi terdiam. Kenapa aku naik? Ima? Ima macamana? Allah, serba salah yang terrramatt. 'Call' Ima banyak kali. Ima tak angkat. Mesej Ima. Ima belum respon. Macam mana ngan Ima ye? Apa kesudahan kepada situasi ini? Kami gaduh ke? Ima merajuk ke? Apa kena-mengena dengan hujan dan longkang ?


TO BE CONTINUED.....









Masa

Uhukk Uhukk..
Ehem, dah berhabuk sangat dah blog ni,
Dah ada sesawang dah pun ni..


So, harini bermula saatku untuk kembali menaip sesudah sekian lama blog ni
KRIK KRIK KRIK..
Allahu, bukan tidak sudi untuk menaip,
Cerita banyak je,
Cuma masa tidak mengizinkan,
Eh, bukan salah masa,
Salah diri sendiri tidak pandai uruskan masa.
Ish ish ish,
Macam manalah nak jadi muslimah yang berjaya ni,
Tidak pernah pandai menguruskan masa,
Selalu terlepas perkara-perkara yang penting.

Belajar entah ke mana, ini kan pula nak cari ilmu akhirat,
Dah macam kosong je bekalan ni,
Iman dan Amal,
Entah ke mana pergi ??
Masih ada, masih !!!
Tapi, 
Tidak berkualiti.

Masa dan Perkara Penting,
Ya !!!
Aku leka, aku cuai.
Aku tidak pernah menghargai masa yang Allah beri,
Aku cuba, ya, aku cuba !!!
Tetapi, tidak lama,
Fokus aku mudah sangat hilang,
Kenapa?, Kenapa?, Kenapa?
Aku kufur ke ?
Allah, Allah, Allah.

Masa, 
Aku diuji dengannya,
Aku selalu terlewat,
Aku tidak berpeluang ke temuduga untuk 'Exchange Mobility Student',
Aku terlambat siapkan tugasan (assignment),
Aku tidak hadir ke kelas,
Atau lewat ke kelas gara-gara itu,
Aku hilang diri aku yang dulu,
Aku terlambat menghantar borang penting,
Borang MAJORING,
Borang penginapan luar semester,
Aku terlewat menghantarnya,
Aku menghantar pada tarikh yang tidak sepatutnya,
Aku tidak peka dengan masa,

Ini bukan aku,
Aku yang dulu tidak sebegini,
Dulu, 
Aku kalah juga dengan masa,
Tetapi tidak seteruk ini,
Adakah kerana aku merasa sudah cukup?

Tidak sangka aku akan jadi sejauh dan sehina ini,
Aku tidak berpegang pada Firman Allah dalam surah Al-Asr,
Syiar diri pun aku tidak mampu nak hidupkan,
Inikan pula Syiar Islam.

Allah, Allah, Allah..
Semoga aku dapat muhasabah diri ini,
Semoga aku dapat perbaiki diri lagi selepas ini,
Teruskan MENCARI MARDHATILLAH..
SUBHANAALLAH, ALHAMDULILLAH, LAILAHAILLALLAH, ALLAHUAKHBAR, LAHAULAWALAQUWWATA'ILLAHBILLAHILA'LI'ILAZIM


Sungguh, ujian masa itu sangat hebat.